Budaya ‘Norma Baharu’ Dalam Kehidupan Seharian

Dalam menangani pandemik COVID-19 dan mengurangkan penularan wabak tersebut, kita perlu menerima hakikat untuk mengamalkan Budaya ‘Norma baharu’ dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan beberapa panduan amalan norma baharu yang boleh diikuti oleh setiap individu dan organisasi.

Budaya ‘Norma baharu’

1) Amalkan Penjarakan Sosial Di Tempat Kerja

Sentiasa amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain sebagai langkah penjagaan diri. Laksanakan perubahan meja di tempat kerja dengan menyediakan garis pemisah di meja, lantai atau kerusi. Ia perlu dilakukan bagi mencegah penyebaran virus dalam kalangan rakan pekerja dan orang lain. Elakkan berjabat tangan dan berkumpul beramai-ramai di satu tempat.

2) Mencuci Tangan

Biasakan mencuci tangan secara kerap dengan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) bagi melindungi diri daripada penyebaran kuman. Pastikan mencuci tangan selama 20 saat selepas menggunakan tandas, bersin atau batuk. Sentiasa simpan pembersih tangan bersaiz poket untuk memudahkan anda membersih tangan sekiranya tiada air dan sabun. Jadikan sebagai Budaya ‘Norma baharu’.

Budaya Norma Baharu
Photo by Kay Lau https://unsplash.com/photos/vvgSoo6fvXM/share

3) Memakai Pelitup Muka

Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti tempat kerja, pusat beli-belah, pasar, kedai makan, pengangkutan awam dan sebagainya. Penggunaan pelitup muka adalah salah satu langkah untuk mengelakkan penyebaran titisan cecair (droplets) yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk yang mungkin mengandungi virus.

4) Saringan Kesihatan

Semua premis dan syarikat yang dibenarkan beroperasi perlu melakukan saringan suhu kesihatan bagi pekerja dan orang lain sebelum mereka masuk ke mana-mana pintu masuk premis. Saringan kesihatan dilakukan dengan memeriksa suhu badan setiap orang bagi mengesan simptom berkaitan virus COVID-19 seperti demam, batuk, sakit tekak dan lain-lain.

5) Keutamaan Melindungi Kumpulan Berisiko

Lindungi bayi, kanak-kanak, orang tua dan orang kelainan upaya daripada keluar rumah. Dapatkan ubat-ubatan secara dalam talian daripada hospital supaya dapat mengawal pergerakan serta melindungi mereka. Elakkan membawa bayi dan kanak-kanak ke kedai bersama kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi.

6) Dapatkan Rawatan

Sesiapa yang tidak sihat atau mempunyai gejala penyakit COVID-19 digesa untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan yang berdekatan. Pantau kesihatan anda dari semasa ke semasa bagi melindungi diri dan orang lain. Hal ini juga dapat membantu pihak berkuasa kesihatan untuk mengenalpasti rekord penyebaran jika wujud gejala tersebut. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Budaya Norma Baharu
Photo by Deva Darshan https://unsplash.com/photos/XICpU0Aulr0

7) Kenderaan Awam

Pengangkutan awam seperti bas, LRT, kereta api dan monorail perlu mengamalkan penjarakan selamat dengan meletakkan tanda di kerusi serta tempat berdiri selang 1 meter. Penumpang perlu disaring sebelum menaiki pengangkutan awam serta mereka diwajibkan untuk memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan.

8) Galakan Pembayaran Dalam Talian

Pembayaran dalam talian adalah digalakkan untuk orang ramai bagi mengurangkan penggunaan wang kertas serta memudahkan proses pembayaran. Ia boleh dilakukan melalui penggunaan aplikasi e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet dan Boost serta perbankan dalam talian dan lain-lain.

9) Laporkan Kepada Pihak Berkuasa Kesihatan

Semua pihak yang terlibat dalam pembukaan sektor ekonomi perlu bertanggungjawab sekiranya terdapat kes COVID-19 di premis anda. Segera hubungi pihak berkuasa kesihatan untuk membuat laporan mengenainya supaya mereka dapat ambil tindakan segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Kecuaian Yang Menyebabkan Kegagalan Bateri Kereta

Bateri adalah umpama nyawa bagi menghidupkan sesebuah kereta. Ia berfungsi sebagai komponen utama untuk permulaan sistem kereta. Adalah penting untuk menjaga bateri kereta yang...

Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

Pada 15 Mei 2020 yang lalu, Pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris-waris mangsa kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SPANCO baru-baru ini....

Elakkan Penyebaran Maklumat Tidak Sahih

Dalam suasana negara dilanda musibah COVID-19, penyebaran maklumat tidak sahih yang berlaku secara berleluasa adalah amat mendukacitakan. Di sebalik keghairahan dalam berkongsi maklumat, orang...

Warisan Loyang Cerana – Santunan Tetamu

Seni loyang merupakan warisan bangsa yang perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia tidak ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan. SPANCO...

Tonton Video Si Cilik Menyediakan Juadah Raya

Resipi mudah untuk dilakukan bersama anak-anak anda di dapur. Aktiviti bersama dapat merapatkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Jom! https://youtu.be/Xga2MNqqgH0 Bahan-bahan (untuk 50-60 biji): 4 cawan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!