Langkah-langkah Melindungi Diri Daripada Covid-19

Wabak novel coronavirus (COVID-19) yang bermula di Wuhan, China telah menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat seluruh dunia sejak awal tahun ini. Wabak COVID-19 ialah sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan kepada manusia dengan menyebabkan penyakit selesema, demam sehingga kepada penyakit lebih kronik seperti SARS dan MERS.
Bagi mencegah penyakit ini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh anda.

MENCUCI TANGAN

Hygiene. Cleaning Hands. Washing hands.

“Mencegah lebih baik daripada mengubati”, dengan ini antara langkah pencegahan penyakit ini ialah kerap mencuci tangan untuk melindungi diri daripada penyebaran bakteria dan kuman. Mencuci tangan selama 20 saat dengan air dan sabun amat digalakkan sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan selepas bersin dan batuk.

Selain itu, produk yang berasaskan alkohol seperti bahan pencuci tangan (hand sanitizer) juga boleh digunakan apabila tiada air dan sabun bagi memastikan tiada jangkitan. Ia dapat digunakan dengan mudah ketika berada di tempat awam seperti dalam bas, kedai makan, lif dan tempat-tempat lain yang terdapat orang ramai.

PENUTUP MULUT DAN HIDUNG

Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah, tempat kerja dan bandar bagi mengelakkan jangkitan virus daripada orang yang kurang sihat. Bagi individu yang kurang sihat, digalakkan duduk di rumah atau memakai penutup mulut dan hidung bagi melindungi diri dan orang lain.

Penutup mulut dan hidung jenis N95 disyorkan oleh para doktor tetapi ketika berada di situasi kecemasan topeng muka jenis kain dan pembedahan tiga lapisan turut boleh digunakan bagi melindungi diri.

ELAKKAN SENTUHAN

Elakkan menyentuh bahagian muka seperti mulut, hidung, mata, dahi dan pipi di mana kita kerap melakukannya tanpa disedari. Pelbagai jenis mikroorganisma terdapat pada permukaan tangan yang menjadi salah satu punca penyakit.

Penyentuhan muka secara kerap mempunyai kecenderungan virus merebak dengan cepat tanpa disedari akibat daripada menyentuh permukaan atau peralatan yang tercemar dengan bersin dan batuk orang sakit. Bagi mengelakkan penyebaran virus kepada diri, kita haruslah mengelak daripada menyentuh muka.

TINGKATKAN IMUNITI

41640832 - variety of organic vegetables and fruits in wicker basket isolated on white

Sistem imuniti adalah salah satu sistem badan yang melindungi tubuh badan kita daripada serangan penyakit yang berpunca daripada jangkitan kuman dan bakteria. Bagi mencegah diri daripada COVID-19, kita perlu menguatkan sistem imuniti badan supaya ia dapat melawan serangan mikroorganisma.

Menambah jumlah makanan sihat dalam menu seharian seperti vitamin C (dos antara 1g ke 2g), buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu meningkatkan sistem imuniti.

DAPATKAN RAWATAN

closeup of female doctor explain disease treatment solution for patient in clinic. selective focus photo.

Segera dapatkan rawatan di klinik terdekat sekiranya anda jatuh sakit iaitu mengalami jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan selesema lebih daripada 14
hari. Selain itu, memaklumkan sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat adalah penting untuk mereka mengenal pasti punca masalah kesihatan anda.

TAHUKAH ANDA?

Penggunaan topeng muka yang betul adalah bahagian berwarna perlu berada di bahagian luar dan putih di dalam.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Kecuaian Yang Menyebabkan Kegagalan Bateri Kereta

Bateri adalah umpama nyawa bagi menghidupkan sesebuah kereta. Ia berfungsi sebagai komponen utama untuk permulaan sistem kereta. Adalah penting untuk menjaga bateri kereta yang...

Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

Pada 15 Mei 2020 yang lalu, Pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris-waris mangsa kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SPANCO baru-baru ini....

Elakkan Penyebaran Maklumat Tidak Sahih

Dalam suasana negara dilanda musibah COVID-19, penyebaran maklumat tidak sahih yang berlaku secara berleluasa adalah amat mendukacitakan. Di sebalik keghairahan dalam berkongsi maklumat, orang...

Warisan Loyang Cerana – Santunan Tetamu

Seni loyang merupakan warisan bangsa yang perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia tidak ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan. SPANCO...

Tonton Video Si Cilik Menyediakan Juadah Raya

Resipi mudah untuk dilakukan bersama anak-anak anda di dapur. Aktiviti bersama dapat merapatkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Jom! https://youtu.be/Xga2MNqqgH0 Bahan-bahan (untuk 50-60 biji): 4 cawan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!