Mengenai SPANCO

Pusat Servis Wilayah Batu Caves

SPANCO Sdn Bhd merupakan penyedia penyelesaian pengurusan fleet bersepadu di Malaysia, dan telah menyediakan perkhidmatan pengurusan fleet menyeluruh kepada 34 kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara dengan saiz fleet melebihi 12,000 kenderaan.

Sejak mula beroperasi pada tahun 1994, SPANCO secara keseluruhannya telah menguruskan lebih 35,000 kenderaan terkumpul dengan perkhidmatan di dua pusat servis utama di Batu Caves dan di Bangi yang disokong oleh lebih 200 rangkaian pusat servis diiktiraf di seluruh negara.

SPANCO memiliki kepakaran yang tiada tandingnya dalam operasi dan pentadbiran fleet. Pasukan pengurusan kanan SPANCO mempunyai pengalaman terkumpul melebihi 50 tahun dalam industri automotif manakala kakitangan teknikal pula memiliki purata 15 tahun pengalaman dalam sektor servis dan pembaikan kenderaan bermotor.

Sejak mengambil alih pengurusan kenderaan Kerajaan Persekutuan, SPANCO telah secara konsisten mengekalkan tahap kesediaan fleet pada 98% kenderaan boleh gerak. Bermakna dari lebih 12,000 kenderaan yang diuruskan, kurang dari 2% iaitu 240 buah sahaja sedang diservis atau dibaiki pada sesuatu masa, dan selebihnya, iaitu 98% berada dalam keadaan bersiap sedia untuk digunakan.

SPANCO telah melabur sejumlah RM2.5 bilion bagi kenderaan, lebih RM30 juta bagi kemudahan dan pusat servis, serta RM12 juta lagi bagi sistem dan teknologi. Pelaburan ini merupakan komitmen jangka panjang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Malaysia.

Pusat Servis Wilayah Bangi.

Dua pusat servis utama SPANCO iaitu Pusat Servis Wilayah di Batu Caves dan di Bangi, Selangor dibina bagi memenuhi piawaian mutu tertinggi. Kedua-duanya mencapai malah menjangkaui tahap perkhidmatan yang termaktub di dalam perjanjian, menyediakan ruang servis yang luas, bersih lagi selesa serta lengkap dengan peralatan termaju.

Sistem Maklumat Pengurusan Fleet atau Fleet Management Information System yang bersepadu dan berinovatif, dibangunkan sendiri oleh pasukan SPANCO, hasil kepakaran tempatan yang ditimba selama ini. Ia begitu komprehensif; membekalkan status, data dan laporan yang sangat terperinci dalam masa sebenar, sekali gus dapat menyelesaikan setiap masalah pengguna dengan cekap dan pantas.

Pengguna boleh mengetahui status terkini kenderaan mereka pada bila-bila masa dengan hanya mengakses Portal SPANCO Fleet Online atau melalui Aplikasi Mobil SPANCO.

Kini, berbekalkan lebih 200 tenaga kerja berpengalaman luas dari segi operasi dan teknikal, dan ditunjangi oleh Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu, yang disokong oleh lebih 200 rangkaian pusat servis di seluruh negara, SPANCO komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menguruskan fleet Kerajaan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi SPANCO Sdn Bhd di sini.