Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul. Ginjal bersaiz kecil ini mengawal garam galian, mengawal tekanan darah dan perkumuhan terhadap toksin dalam badan yang tidak diperlukan, keutuhan tulang, mengekalkan paras hemoglobin atau darah dalam badan.

Bagaimanapun, penjagaan organ ini sentiasa dipandang remeh dalam kalangan masyarakat. Di negara kita dianggarkan 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Tanda Awal Masalah Buah Pinggang

Ramai memandang enteng terhadap penjagaan organ penting ini dimana banyak pesakit biasanya tidak menunjukkan simptom atau tanda-tanda menghidap penyakit buah pinggang kronik sehinggalah berlaku kemerosotan sekitar 50 hingga 70 peratus fungsi tisu buah pinggang.

Antara tanda awal seseorang mengalami masalah buah pinggang adalah berasa ketih, mual, kekejangan otot pada waktu malam, bengkak kaki dan bengkak di sekeliling mata, kerap membuang air kecil pada waktu malam dan kencing berbuih. Manakala antara faktor risiko penyakit buah pinggang kronik adalah penuaan, risiko penyakit kencing manis, penyakit kardiovaskulor, darah tinggi, penggunaan ubat yang tidak diluluskan KKM dan sejarah penyakit buah pinggang dalam keluarga.

salt-shape-kidney-dark-floor
Sumber : Freepik Jcomp

Tips Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

1. Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk diminum supaya melancarkan aliran darah dan membantu membersihkan buah pinggang daripada semua toksin yang terkumpul dalam badan. Anda digalakkan untuk minum air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari agar dapat menjaga kesihatan badan dan kekal hidrasi.

2. Kurangkan Makanan Tinggi Garam

Makanan tinggi dengan kandungan garam seperti telur masin, ikan masin, biskut, kicap, udang kering, mi segera, sos tiram, belacan dan sebagainya perlu dielakkan atau dikurangkan dalam makanan seharian. Hal ini kerana garam yang berlebihan dalam tubuh berpotensi mempercepatkan pembentukan batu karang, meningkatkan tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang lain. Oleh itu, kurangkan mengambil makanan kandungan garam berlebihan demi menjaga kesihatan buah pinggang.

3. Bersenam

Kita digalakkan untuk bersenam setiap hari atau tiga kali seminggu bagi menjaga kesihatan diri dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan lain-lain. Senaman juga akan membantu mencegah risiko penyakit buah pinggang kronik.

4. Penjagaan Makanan

Tabiat makanan sangat penting untuk diawasi bagi menjaga keseluruhan kesihatan diri. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak, garam dan gula. Hal ini kerana bagi tempoh jangka masa panjang, pemakanan yang tidak sihat ini pastinya akan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi, obesiti dan kencing manis. Oleh itu, anda digalakkan untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh serta kurangkan pengambilan makanan yang diproses.

5. Pemeriksaan Awal

Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali demi menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom awal masalah buah pinggang, segera lakukan pemeriksaan di hospital terdekat supaya doktor pakar boleh membantu anda. Kebanyakan dalam masyarakat kita hanya menyedari menghidap penyakit buah pinggang ketika sudah berada di peringkat serius. Oleh itu, jagalah kesihatan anda dengan melakukan pemeriksaan awal.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!