6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan. Dengan ini, disenaraikan antara makanan kegemaran yang popular seperti berikut:

pexels-kristina-paukshtite-701786

1. Kopi Panas

Minuman kegemaran rakyat Malaysia pada setiap hari adalah secawan kopi panas. Ia boleh diminum pada bila-bila masa mengikut kehendak individu namun ramai suka minum kopi panas atau teh halia pada musim hujan untuk menghangatkan badan. Tunggu apa lagi? Nikmatilah secawan kopi dengan biskut kegemaran anda pada musim hujan ini.

maggi
Sumber : Maggi.my

2. Mi Segera

Hujan sahaja pasti ramai teringin untuk makan mi segera. Mi segera perisa kari lagi enak dimakan bersama telur dan sayur-sayuran apabila hujan. Ia bukan sahaja menghangatkan badan malah menaikkan rasa dan selera makan di musim sejuk.

penang laksa leatutty_dapoq
Sumber : Instagram @leatutty_dapoq

3. Laksa

Laksa adalah antara makanan kegemaran ramai yang paling popular di Malaysia. Keunikan sajian ini terserlah berdasarkan penyediaan mengikut negeri asalnya. Kelazatan kuah isi ikan yang mempunyai gabungan rasa masam, manis dan pedas memang sesuai untuk menjamu ketika hujan. Ia lebih enak dimakan bersama limau nipis, hirisan telur dadar, sambal pedas, hirisan ayam dan udang.

featured_image
Sumber : foodadvisor

4. Stimboat

Hujan setiap hari menyebabkan restoran stimboat dipenuhi ramai pelanggan. Pilihan lauk stimboat yang beraneka dimakan bersama sup tom yam pedas akan meningkatkan lagi selera makan anda. Bukan sekadar itu, anda juga boleh menikmati kambing, ayam, udang dan sotong bakar sekali dengan lauk stimboat bersama seisi keluarga. Memang lazat untuk menjamu selera pada musim sejuk ini.

pexels-tim-mossholder-12532595

5. Jagung Bakar

Makan jagung bakar dengan taburan jus limau di atasnya semasa musim tengkujuh, adalah salah satu nikmat terbesar dalam hidup. Makanan kegemaran ini bukan sahaja lazat, malah membekalkan banyak nutrien untuk kesihatan badan. Nikmati hujan sambil makan jagung bakar bersama secawan teh panas bersama keluarga anda.

Varity Malaysian south east Asian nyonya kuih sweet desert sago tilam pulut terkan inti koci bongkus koo lapis dodol onde onde on green banana leaf wooden plate

6. Kuih-Muih

Kuih-muih diklasifikasikan sebagai pencuci mulut yang enak dimakan pada bila-bila masa. Tibanya musim tengkujuh ramai gemar memakan kuih muih seperti pisang goreng, cucur udang, cekodok, cucur manis, keria, talam seri muka, kuih lapis, karipap dan sebagainya yang boleh mengundang kecur liur bagi sesetengah individu ketika hujan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!