Panduan Mengundi Yang Harus Anda Tahu

Menjelang tarikh mengundi dalam beberapa hari, berikut disenaraikan panduan mengundi yang perlu diketahui oleh anda sebelum ke lokasi pengundian yang ditetapkan:

1. Menyemak Status Pendaftaran Sebelum Hari Mengundi

Anda dinasihatkan untuk menyemak nama dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) dahulu sebelum hari mengundi untuk mengelakkan berlaku kekeliruan. Semakan boleh dilakukan menerusi laman sesawang SPR iaitu ‘mysprsemak.spr.gov.my’, telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: Taip SPR SEMAK NO. KAD PENGENALAN, hantar ke 15888.

2. Bawa Dokumen Penting

Ramai sering lupa untuk membawa dokumen penting pada hari mengundi. Pastikan anda menyediakan dokumen seperti kad pengenalan (MyKad), pasport antarabangsa, resit kad pengenalan sementara bergambar, resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, lesen memandu bergambar atau kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan. Ia sangat penting bagi memudahkan proses mengundi anda pada hari kejadian.

3. Datang Awal

Pusat mengundi pasti dipenuhi ramai pengundi. Bagi mengelakkan diri untuk menunggu lama, anda digalakkan bagi datang awal ke pusat mengundi. Anda juga boleh hadir ke pusat mengundi mengikut masa keluar yang digalakkan menerusi semakan daftar pemilih ‘mysprsemak.spr.gov.my’.

Pastikan anda membawa sekali air untuk kekal hidrasi sehingga selesai proses mengundi. Selain itu, anda juga digalakkan untuk makan dahulu agar tidak kelaparan dan mengganggu proses mengundi nanti.

4. Dapatkan Slip Nombor Saluran Tempat Mengundi

Tunjukkan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) dan dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dahulu. Kemudian, beratur menunggu giliran anda ke bilik tempat mengundi yang ditetapkan.

5. Celup Dakwat Kekal

Setelah dokumen pengenalan diri disemak oleh Kerani Pengundi Pertama (KP1), Kerani Pengundi Kedua (KP2) akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri. Jari dicelup dakwat bagi mengelakkan berlakunya pengundian dua kali.

6. Buang Undi

Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda ‘X’ di ruang bersebelahan logo parti. Pastikan anda hanya pilih satu calon sahaja kerana memilih lebih daripada satu akan menyebabkan undi rosak.

Setelah selesai membuat pilihan yang betul, anda hendaklah melipat kertas undi dengan dua kali lipatan dan bergerak ke peti undi bagi memasukkan kertas undi mengikut peti Undi Parlimen atau Peti Undi Negeri. Keluar dari tempat mengundi dengan segera bagi melancarkan proses pengundian dan tidak menganggu petugas SPR.

Bagi semua pengundi, anda juga digalakkan untuk tidak memakai pakaian mana-mana parti semasa mengundi bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham atau pergaduhan. Pastikan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kelancaran proses mengundi tanpa berlaku sebarang kejadian luar jangkaan. Selamat Mengundi!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!