6 Langkah Keselamatan Di Musim Banjir

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan laporan cuaca dari semasa ke semasa agar rakyat dapat melakukan persediaan awal untuk menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Disenaraikan beberapa langkah keselamatan yang perlu dilakukan pada musim banjir seperti berikut:

1. Elakkan Bermain Air Banjir

Ibu bapa pastikan anak-anak anda tidak bermain dengan air banjir. Hal ini kerana terdedah kepada air banjir boleh mendatangkan risiko penyakit berjangkit seperti kencing tikus, demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan lain-lain.

Awasi anak-anak anda pada musim hujan lebat dan banjir ini supaya mereka kekal berada dalam rumah dan lindungi mereka daripada terdedah dengan masalah kesihatan akibat air banjir.

2. Pakai Pelindung Diri

Pakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat. Pelindung diri iaitu jaket keselamatan sangat penting untuk dipakai ketika menaiki bot bagi mengelakkan diri daripada lemas dalam air banjir. Selain itu, orang ramai juga digalakan untuk memiliki jaket keselamatan sendiri di rumah sebagai persediaan awal untuk menghadapi musim banjir yang tidak menentu ini.

3. Bersihkan Diri

Kebersihan diri perlu dititikberatkan khususnya ketika banjir kerana air banjir adalah air tercemar. Sekiranya tidak dapat mengelakkan daripada banjir, pastikan mangsa membersihkan diri dengan air bersih selepas banjir berlaku. Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebesihan diri bagi mengelakkan sebarang penyakit bawaan air.

4. Gunakan Air Bersih

Jangan menggunakan air banjir untuk membersihkan peralatan atau makanan. Gunakan air bersih atau air berbotol untuk minum, makan, cuci peralatan dan diri. Air banjir adalah air tercemar dan tidak digalakkan untuk menggunakan bagi keperluan diri kerana boleh membawa kepada penyakit.

5. Jaga Kebersihan Pusat Pemindahan

Sentiasa bersihkan pusat pemindahan supaya tidak dihurungi lalat dan tikus. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus dan nyamuk. Buang sampah sarap di tempat yang disediakan oleh pihak pengurusan.

6. Dapatkan Rawatan

Mangsa banjir dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di PPS banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!