Langkah Pencegahan Jangkitan Demam Denggi Ketika Musim Banjir

Musim tengkujuh yang dijangka pada bulan November ini memerlukan orang ramai membuat persiapaan awal untuk menghadapi sebarang situasti tidak diingini berlaku. Salah satu persiapaan yang perlu diberi perhatian adalah dari segi kesihatan iaitu pencegahan demam denggi.

Musim hujan berterusan kebelakangan ini boleh menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tahukah anda, nyamuk Aedes hanya memerlukan sedikit air untuk bertelur dan dapat bertahan selama 8 bulan dalam keadaan kering. Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedas anda dinasihatkan agar apabila lepas hujan, segera buang air yang bertakung untuk elak Aedes membiak.

Dengan ini, disenaraikan antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ketika musim banjir seperti berikut:

Sebelum Banjir

• Simpan bekalan repelan dan semburan aerosol pembunuh nyamuk di rumah.
• Periksa dan pastikan saluran air hujan di bumbung rumah tidak tersumbat dengan sampah sarap. Pastikan anda membersihkan saluran air hujan secara berkala.
• Letakkan bahan pembunuh jejentik ke dalam bekas air yang sukar dikosongkan.
• Pastikan anda buang segala bekas yang boleh menakung air di persekitaran rumah anda.

Semasa Banjir

• Lakukan semburan aerosal pembunuh nyamuk di ruang yang terlindung seperti bawah kerusi, tepi katil, almari, meja dan lain-lain.
• Sapu losyen atau semburan repelan pada kulit yang terdedah untuk mengelakkan gigitan nyamuk.
• Pastikan anda memakai pakaian jenis berlengan dan berseluar panjang serta berwana cerah demi melindungi diri daripada gigitan nyamuk.

Selepas Banjir

• Lakukan semburan aerosal di dalam rumah sejurus sebelum masuk ke dalam rumah. Ia sangat penting untuk membunuh pembiakan nyamuk Aedes.
• Segera lakukan pembersihan persekitaran dan musnahkan semua bekas yang berpotensi terdapat pembiakan Aedes.
• Rancanglah aktiviti gotong-royong bersama komuniti bagi membersihkan tempat yang menakung air selepas banjir. Ia juga sangat penting bagi menjamin kawasan perumahan anda bebas kes demam denggi.

 

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!