6 Jenis Ulam Yang Bagus Untuk Kesihatan

Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah. Terdapat banyak manfaat kesihatan kerana ulam-ulaman kaya dengan pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh badan. Ketahui antara jenis ulam yang popular sebagai pelengkap hidangan seperti berikut:

MyRokan
Sumber : MyRokan

1. Pegaga

Pegaga merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga daun pasli yang biasanya dikaitkan dengan rahsia awet muda. Ia sering digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat penyakit saraf, membantu merangsang otak kanak-kanak dan dewasa, membantu kulit halus dan berseri. Pegaga boleh dimakan begitu saja, direbus atau dikisar lumat menjadi jus. Ia agak pahit tapi masih boleh dimakan bersama nasi dan lauk-pauk lain.

madib-zikri–tUZW1fE25o-unsplash

2. Jantung Pisang

Jantung pisang adalah bunga pisang yang ramai tidak tahu kebaikan makanan ini. Ia mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan kerana mengandungi antioksidan,tinggi dengan mineral, serat, protein, karbohidrat selain rendah dengan lemak dan kalori. Jantung pisang enak dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan dan nasi putih. Memang lazat!

pexels-isaac-caires-10730676

3. Ulam Raja

Ulam raja merupakan antara ulam yang senang didapati. Ia dinamakan ulam raja kerana mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Selain itu, ulam raja juga baik untuk kesihatan kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi dan kardiovaskular. Ia enak dimakan dengan sambal belacan dan boleh dinikmati bersama lauk-pauk ketika makan tengah hari.

group-tropical-asian-organic-cluster
Sumber : mrsiraphol

4. Petai

Petai adalah salah satu makanan kegemaran ramai. Ia biasanya dimasak sebagai sambal, tumis bawang merah, sambal ikan bilis, tempoyak, sardin petai dan lain-lain mengikut cita rasa sendiri. Namun tahukah anda petai juga boleh dimakan sebagai ulam? Ia mengandungi karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitaman A, B1, B2, kadar protein dan lemak yang tinggi.

Petai juga dikatakan amat berkesan untuk merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang, mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan keradangan, mencegah anemia dan baik untuk sistem penghadaman. Anda boleh makan petai dengan rebusnya dahulu dan makan begitu sahaja atau mencicah dengan sambal belacan.

Chin Woh
Sumber : Chin Woh

5. Kacang Botol

Kacang botol yang juga dikenali sebagai kacang botor, kacang sirek, atau kacang kelisa merupakan makanan yang kaya dengan kandungan protein dan mineral yang baik untuk kesihatan badan. Ia boleh dimakan segar begitu sahaja, ditumis atau dijadikan ulam-ulaman. Rasa ranggup sayur ini memang menyelerakan apabila dimakan. Kacang botol juga mengandungi vitamin A, C, fosforus, folat, zat besi dan lain-lain yang membantu menjaga kesihatan.

shopee
Sumber : Shopee

6. Daun Selom

Daun selom merupakan tumbuhan herba yang dijadikan ulam kerana mempunyai banyak kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antara kandungan nutrien yang terdapat pada daun selom adalah protein, karbohidrat, serat, zat besi, natrium, zink, vitamin C, B1, B2, B6, A, E, fosforus, magnesium dan sebagainya. Pengambilan ulam ini sangay baik untuk kesihatan hati, otak, jantung, kulit, buah pinggang, mengurangkan rasa letih dan kadar gula dalam darah. Ia biasanya dimakan bersama nasi, sambal belacan, lauk ikan atau sambal ikan bilis.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!