Punca Stereng Terkunci Semasa Memandu

Stereng kuasa terkunci semasa memandu kereta adalah situasi sangat bahaya dan menakutkan. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan menjejaskan keselamatan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain. Ketahui antara punca berlakunya stereng terkunci seperti berikut agar anda sebagai pemandu boleh lebih berwaspada:

1. Masalah Pam Stereng Kuasa

Pam stereng kuasa kereta boleh tersekat dengan serpihan atau terdapat kebocoran minyak stereng kuasa yang menyebabkan ia terkunci ketika memandu. Hal ini menyukarkan pemanduan anda kerana stereng kuasa boleh terkunci secara tiba-tiba. Oleh itu, lakukan pemeriksaan terhadap pam stereng kuasa untuk mengetahui punca kerosakan dan menggantikannya dengan segera.

2. Membelok Secara Tajam

Adakah anda suka membelok kereta dengan secara tajam? Ia adalah salah satu punca utama stereng terkunci semasa memandu kerana pusingan tajam menyebabkan pam stereng kuasa tidak berfungsi dengan baik. Hal ini juga boleh menjejaskan fungsi sistem transmisi kereta. Pastikan anda memandu dan membelok secara berhemah dan membelok tanpa tidak bergesa-gesa untuk mengelakkan stereng terkunci dan menyebabkan kemalangan.

3. Kekurangan Minyak Stereng

Jika stereng kereta anda terkunci semasa memandu adalah mugkin disebabkan oleh kekurangan minyak stereng kuasa atau bendalir stereng kuasa yang kotor. Hal ini juga boleh dikenal pasti jika anda mengalami kesukaran untuk memutar stereng pada kelajuan rendah.

Pastikan anda menukar minyak stereng kuasa jika ia terlalu kotor agar tidak menyebabkan berlakunya stereng terkunci ketika memandu. Lakukan penyenggaraan sistem stereng agar ia berfungsi secara optimum.

4. Sistem Penyalaan Terkunci

Banyak kereta moden kini mempunyai sistem penyalaan atau lebih dikenali sebagai ‘ignition lock’ yang berfungsi untuk menyambung dan memutus arus pada sistem elektrik kenderaan. Sistem penyalaan yang rosak akan menyebabkan stereng terkunci dan ia sangat bahaya jika berlaku ketika memandu kenderaan pada kelajuan tinggi. Pastikan lakukan penyenggaraan segera bagi memastikan sistem penyalaan berfungsi secara optimum.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!