4 Pengabaian Menyebabkan Penyaman Udara Cepat Rosak

Selain melakukan penyengaraan berkala, pengguna kenderaan perlu menggunakan kereta dengan baik agar tidak berlaku kerosakan secara kerap. Salah satu kerosakan yang kerap berlaku akibat pengabaian penjagaan adalah kerosakan penyaman udara. Disenaraikan berikut beberapa punca penyaman udara kereta cepat rosak:

1. Membuka Tingkap

Membuka tingkap kereta terlalu lama ketika penyaman udara terpasang adalah antara punca penyaman udara rosak. Hal ini kerana pembukaan tingkap menyebabkan pemampat ‘compressor’ terpaksa beroperasi lebih lama daripada biasa bagi mendapatkan suhu ideal dalam ruang kenderaan. Pastikan anda tidak membuka tingkap apabila penyaman udara berfungsi agar ia dapat beroperasi secara optimum.

2. Merokok Dalam Kereta

Terdapat segelintir individu yang gemar merokok dalam kereta. Tahukah anda perbuatan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan anda malah penyaman udara juga boleh cepat rosak? Asap dan debu daripada rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis menjadi cepat kotar. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan tahap kesejukan penyaman udara semakin berkurang. Elakkan merokok dalam kereta bagi menjaga sistem penyaman udara kenderaan anda.

3. Ruang Dalaman Kereta Kotor

Kereta bersepah dan berhabuk juga adalah antara punca penyaman udara rosak. Membiarkan sampah dalam kereta serta tidak membersihkan bahagian dalam kenderaan dengan betul akan menyebabkan pengumpulan debu dan habuk. Ia secara tidak langsung akan menjadi punca penapis penyaman udara mudah rosak akibat kemasukan habuk dan debu.

4. Enjin Dimatikan Secara Mengejut

Matikan enjin secara mengejut tanpa menutup penyaman udara juga boleh menyebabkan sistem penyaman udara mudah rosak. Hal ini disebabkan oleh ketika anda menghidupkan kembali enjin kereta, penyaman udara terpaksa beroperasi secara automatik dan ia menyebabkan bateri terbeban semasa enjin dihidupkan.

Oleh kerana prestasi bateri tidak berada pada tahap optimum, arus elektrik yang terhasil akan menjadi kurang stabil hingga mempengaruhi pengaliran elektrik untuk penyaman udara. Pastikan anda tidak matikan enjin secara mengejut bagi menjaga penyaman udara kerata berfungsi dengan baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!