5 ‘Floating Villa’ Wajib Dikunjungi Di Malaysia

Percutian yang menarik sentiasa bermula dengan tempat penginapan yang cantik dan mempunyai suasana tenang. Penginapan di atas permukaan air laut dengan suasana tenang dikelilingi alam semulajadi tropika pastinya bakal membuatkan percutian anda lebih romantik, mewah dan seronok. Disenarikan berikut beberapa vila cantik bagi memudahkan rancangan percutian anda:

Berjaya Hotels & Resorts
Sumber : Berjaya Hotels & Resorts

1. Berjaya Island Resort Burau Bay

Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang popular terutamanya bagi vila atas air di Berjaya Island Resort. Chalet atas air dengan pemandangan laut yang indah sangat sesuai untuk pasangan berbulan madu. Dikelilingi dengan alam sekitar yang cantik, vila ini juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik.

Antara chalet yang terdapat di sini adalah ‘rainforest chalet’, ‘rainforest studio’, ‘premier suite on water’, ‘sea view chalet’, ‘priemer chalet’ dan banyak lagi. Bagi chalet dengan pemandangan air, anda dapat nikmati fasiliti seperti jakuzi, ‘private pool’, sarapan dengan pemandagan laut dan lain-lain.

52765479_815876098774851_8497003255040049152_n

2. Sipadan Water Village Mabul Island

Terletak di Pulau Mabul, Sipadan Water Village adalah antara resort yang mempunyai unit di atas air serta menjanjikan privasi dan kemewahan kepada para tetamunya. Anda boleh menikmati pemandangan laut biru jernih daripada bilik dengan melakukan aktiviti selam skuba dan ‘snorkeling’.

Terdapat lebih 16 banglo kayu yang dibina di atas air dengan pelbagai fasiliti menarik seperti jakuzi, bilik dengan pemandangan cantik, melihat matahari tebenam dan terbit, mempunyai laluan jalan seperti Maldives dan sebagainya lagi. Tunggu apa lagi? Lakukan tempahan segera untuk nikmati percutian menarik anda di Sabah nanti.

v8

3. Avillion Port Dickson

Avillion Resort Port Dickson merupakan resort bertaraf 5 bintang yang dibina dengan budaya tradisional dengan kemewahan kontemporari. Terdapat sebanyak 240 bilik yang direka khas dari chalet dan vila terapung dengan banyak fasiliti menarik bagi pengunjungnya.

Terdapat juga balkoni peribadi yang menghadap laut, bilik mandi berlangitkan awan biru dan tab jakuzi. Selain itu, resort ini menawarkan hidangan lazat dengan menu tempatan hingga hidangan antarabangsa yang pastinya membuka selera anda. Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan bandar maka tempat ini sangat sesuai untuk merehatkan diri dan mental. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah melihat pelbagai spesies burung, memancing, kid’s kabin, spa, pet farm dan aktiviti air.

161741_16111511150048723585

4. Gayana Marine Resort

Gayana Marine Resort terletak di pinggir hutan Pulau Gaya yang menawarkan vila atas air yang luas dengan hiasan dalaman kayu. Terdapat lebih daripada 52 vila tropika yang dikelilingi hutan bakau dan laut yang luas. Anda dapat menikmati keindahan semulajadi yang menakjubkan iaitu berada di atas laut dengan menghadap pemandangan mempesonakan Gunung Kinabalu.

Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati aktiviti menarik selain snorkeling atau menyelam iaitu melawat Pusat Penyelidikan Ekologi Marin bagi menambahkan pengetahuan mengenai pemeliharaan terumbu karang.

avani-sepang-goldcoast

5. Avani Sepang Goldcoast Resort

Avani Sepang Goldcost Resot yang terletak di bagan lalang sangat terkenal dengan vila laut berbentuk kelapa sawit. Terdapat lebih 315 bilik yang luas dengan 4 jenis penginapan yang boleh dipilih, resort ini menjanjikan tempat yang tepat untuk percutian menarik bagi anda sekeluarga.

Pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik selain aktiviti air seperti bermain bola tampar, ATV, mewarna, melukis, mawarna batik, spa, trampolin, berbasikal, bot pisang, Segways dan melihat pemandangan cantik matahari terbenam.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!