Tip Memandu Secara Selamat Ketika Hujan Lebat

Cuaca hujan sejak kebelakangan ini menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Pemandu kenderaan perlu memandu secara berhati-hati ketika cuaca tidak menentu terutamanya pada bulan November nanti ketika musim Monsun Timur Laut bagi menjaga keselamatan diri. Disenaraikan tips elak kemalangan semasa memandu ketika hujan lebat seperti berikut:

1. Fokus Pada Pemanduan

Hujan lebat boleh menjejaskan fokus pemanduan seseorang. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, anda harus memberi fokus sepenuhnya terhadap pemanduan anda. Elakkan melakukan sesuatu dalam kereta seperti makan sambil memegang stereng dengan satu tangan, menggunakan telefon bimbit dan lain-lain yang menjejaskan keselamatan anda. Pastikan kedua-dua tangan memegang stereng supaya anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap kenderaan anda.

2. Pandu dengan Kelajuan Sesuai

Jalan raya akan menjadi licin ketika hujan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jika memandu kenderaan secara laju kerana tayar tidak dapat mencengkam jalan ketika brek. Oleh itu, pastikan anda memandu kereta dengan kelajuan yang sesuai bergantung pada keadaan jalan.

3. Elakkan Melalui Jalan Air Bertakung

Elakkan melalui jalan air bertakung kerana agak sukar untuk mengetahui kedalaman kawasan tersebut dan boleh menyebabkan kenderaan terperangkap di dalamnya. Ia juga sangat berisiko untuk melalui kawasan air bertakung kerana boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan sekaligus menyebabkan akuasatah yang juga dikenali sebagai ‘aquaplanning’.

4. Penjagaan Pengelap Cermin

Penjagaan pengelap cermin sangat penting ketika musim hujan kerana ia membantu memberi penglihatan yang jelas di jalan raya. Pastikan pengelap cermin berfungsi dengan baik sebelum melakukan sesuatu perjalanan. Gantikan pengelap cermin baharu jika getah bilah pengelap telah haus supaya ia dapat mengelap air hujan yang menghalang penglihatan anda.

5. Penjagaan Lampu Kereta

Lampu kereta yang berfungsi dengan baik penting untuk memberi penglihatan yang jelas ketika cuaca hujan. Ia juga membantu pengguna jalan raya lain untuk mengenal pasti kewujudan kereta anda di jalan raya. Oleh itu, periksa keadaan lampu kenderaan setiap kali sebelum memandu kereta bagi menjamin keselamatan anda di jalan raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!