Tanda ‘Belting’ Mengalami Masalah

Belting’ atau dikenali sebagai tali memainkan peranan penting dalam sistem kenderaan. Ia berfungsi menyediakan pemacu untuk sistem seperti stereng kuasa, alternator, penghawa dingin dan sistem penyejukan melalui pam air. Pengabaian penjagaan tali ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan komponen kereta. Disenaraikan antara tanda tali mengalami kerosakan seperti berikut:

1. Retakan Pada Jalur Tali

Pendedahan berterusan terhadap suhu tinggi dan tekanan melengkung disekitar ‘pulley’ menyebabkan jalur tali retak. Ia bermula dari atas jalur tali dan berkembang ke bahagian tepi tali. Gantikan tali baharu jika keretakan berada di sekitar 1 sm hingga 2 sm.

2. Potongan Getah Terkeluar Dari Tali

Cebisan atau potongan bahan getah telah keluar daripada tali. Hal ini boleh menyebabkan tali gagal berfungsi dengan baik. Potongan ini berlaku ketika beberapa keretakan di satu kawasan bergerak selari dengan garisan tali. Haba, jangka hayat dan tekanan adalah penyebab utama berlakunya keadaan ini. Gantikan tali baharu jika anda melihat terdapat potongan getah terkeluar dari tali.

3. Tali Halus Pada Alur

Kesalahan pemasangan, tali baru yang dipasang pada ‘pulley’ haus, kekurangan ketegangan atau gabungan semua faktor ini akan menyebabkan kemunculan tali halus pada alur tali. Keadaan ini dikatakan sebagai ‘pilling’ yang berlaku paling kerap dalam enjin diesel tetapi tidak hanya khusus pada mereka. Tukarkan tali baharu dan pastikan tali masuk ke alur ‘pulley’.

4. Belakang Tali Melecet

Bahagian belakang tali kelihatan berkilat atau berlapis menunjukkan kord rosak. Hal ini berlaku apabila ketika pergerakan tali bergesel dengan objek asing. Ia mungkin disebabkan ketegangan tali tidak betul. Oleh itu, periksa ketegangan tali sebelum gantikan ia dengan tali baharu.

5. Jalur Tali Tertanggal atau Koyak

Pemasangan tali yang tidak betul akan menyebabkan tali koyak atau tertanggal. Salah satu jalur tali terkeluar menyebabkan tali berpusing tanpa sokongan atau penyelarasan yang betul. Oleh itu, pasangkan tali pada alur ‘pulley’ dengan betul. Periksa ketegangan tali dan sekiranya ia mengalami kerosakan teruk, gantikkan baharu untuk penggunaan jangka panjang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!