5 Juadah Tradisional Deepavali

Menjelang perayaan Deepavali bulan ini, mesti ramai teruja untuk menyambut bersama-sama terutamanya menikmati kuih tradisional di rumah rakan-rakan anda. Berikut disenaraikan antara kuih tradisional popular yang dihidangkan setiap kali sambutan Deepavali:

Sailu’s Food
Sumber : Sailu’s Food

1. Muruku

Salah satu kuih tradisional yang wajib ada di setiap rumah ketika sambutan Deepavali adalah muruku. Ia seolah tidak meriah dan bermakna tanpa hidangan kuih tradisional ini. Muruku mudah dibuat dengan hanya menggunakan tepung beras, tepung kacang hitam, biji lemuju, biji lenga, jintan manis, mentega dan sedikit garam.

Resipi ini boleh berubah bergantung kepada cita rasa individu sama ada membuat pedas atau tidak. Ramai suka makan kuih tradisional ini kerana keenakan dan kerangupannya. Ia juga sedap dimakan dengan teh pada waktu petang. Memang lazat!

Rina’s Kitchen
Sumber : Rina’s Kitchen

2. Achu Muruku

Achu muruku yang juga dikenali sebagai kuih loyang atau kuih ros adalah kuih tradisional yang lebih manis daripada muruku biasa. Ia diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula. Kuih ini digemari ramai dan menjadi kudapan sesuai apabila menziarahi saudara mara dan sahabat handai.

Rahsia untuk mendapatkan achu muruku berbentuk cantik terletak pada kepanasan acuan. Jika acuan panas dan kemudian disalut dengan adunan, maka bentuk kuih akan keluar apabila kita mencelup acuan dalam minyak panas.

Kannamma Cooks
Sumber : Kannamma Cooks

3. Nei Urundai

Nei urundai atau kuih minyak sapi adalah manisan yang disediakan sempena sambutan Deepavali. Ia sangat mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan tepung kacang hijau atau tepung beras, minyak sapi, gula dan gajus. Kemudian ia akan dibentuk bulat mengikut saiz kegemaran dan dibungkus dalam plastik berwarna-warni.

kuali.com
Sumber : kuali.com

4. Chittu Urundai

Chittu urundai adalah sejenis manisan bebola kecil yang dibuat ketika musim perayaan sejak turun temurun. Manisan ini dibuat menggunakan tepung kacang hijau, kelapa parut, bijian hitam dan jaggery. Kemudian ia disalut dengan campuran tepung gandum dan tepung beras sebelum digoreng dalam minyak sapi. Saiz chittu urundai biasanya kecil seperti limau kasturi tetapi setiap biji mempunyai khasiat yang tinggi.

Raaga (Malaysia)
Sumber : Facebook Raaga (Malaysia)

5. Kal Urundai

Kal urundai atau ketti urundai adalah hidangan popular ketika Deepavali. Ia dibuat menggunakan tepung kacang hijau, tepung beras, dhal, kelapa parut, jaggery, serbuk halia, kacang tanah dan buah pelaga. Biasanya kal urundai mempunyai tekstur keras dan dibentuk dalam saiz limau nipis. Ia sangat enak untuk dimakan dan mempunyai banyak khasiat untuk badan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!