Tempat Matahari Terbenam Cantik Di Lembah Klang

Melihat kecantikan matahari terbenam memberikan peluang untuk anda kagumi keindahan alam dengan hati dan minda yang lapang daripada kesibukan dunia moden. Terdapat banyak lokasi yang boleh anda kunjungi selain pantai untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam di Lembah Klang. Disenaraikan antara tempat yang wajib anda kunjungi seperti berikut:

@lcs.ch ig
Sumber : Instagram @lcs.ch

1. Taman Bukit Utama Hillside

Lokasi yang tular sejak awal tahun ini adalah Taman Bukit Utama Hillside bagi melihat pemandangan ibu kota ketika matahari terbenam. Terletak di Ampang, ia telah menarik ramai penggunjung untuk meluangkan masa bersantai di lokasi ini. Terdapat juga segelintir individu yang melakukan aktiviti riadah seperti joging, berbasikal atau berkelah. Sekiranya anda menginginkan ‘me time’ , bolehlah kunjungi taman ini sambil melihat pemandangan yang mengasyikkan.

Gravit8
Sumber : Gravit8

2. Lake Park Gravit8

Lake Park Gravit8 merupakan salah satu taman rekreasi ‘pet-friendly’ yang terletak di Klang. Anda boleh meluangkan masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, joging dan berjalan di taman ini bersama haiwan peliharaan anda. Selain itu, Lake Park juga terkenal bagi menyaksikan matahari terbenam yang cantik sambil melihat ikan, itik, burung dan kura-kura di tasik. Tempat ini sentiasa dibanjiri orang ramai terutamanya pada waktu puncak iaitu sekitar jam 5 petang hingga 6.30 petang.

Petit Go
Sumber : Petit Go

3. Taman Tasik Shah Alam

Ingin menikmati keindahan alam sekitar dan matahari terbenam sambil berkayak? Taman Tasik Shah Alam adalah lokasi sesuai untuk anda menyaksikan suasana matahari terbenam yang mengasyikkan sambil berkayak bersama rakan atau ahli keluarga. Anda juga dapat melihat angsa, itik dan ikan dalam tasik besar ini. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti menarik lain seperti berbasikal, bermain di taman permainan, ‘zipline’, menyaksikan air pancut dan berkelah.

Flickr
Sumber : Flickr

4. Taman Tasik Ampang Hilir

Taman Tasik Ampang Hilir menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah yang berintegrasi dengan alam sekitar untuk orang ramai. Anda boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam dari tasik dengan pemandangan bandar tersebut secara tenang sambil menjamu selera. Terdapat pelbagai fasiliti yang dapat memenuhi keperluan pengunjung seperti surau, tandas, gerai, kawasan permainan kanak-kanak, bangku duduk serta peralatan senaman individu.

gh

5. Bukit Tabur

Bukit Tabur merupakan antara lokasi kegemaran bagi kaki ‘hiking’ kerana mempunyai pemandangan alam sekitar yang cantik. Ramai suka melakukan aktiviti lasak ini pada awal pagi untuk menyaksikan matahari terbit atau pada waktu petang untuk melihat keindahan matahari terbenam di puncak bukit. Anda juga boleh melihat Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) secara jelas dari puncak bukit tersebut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!