Lokasi Roti Canai Lazat Yang Wajib Dicuba

Makanan jalanan Malaysia memang sangat popular dan digemari ramai terutamanya pelancong. Salah satu makanan jalanan iaitu roti canai telah dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia baru-baru ini oleh laman web TasteAtlas. Roti canai biasanya dinikmati oleh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan terdapat pelbagai inovasi dilakukan bagi menarik pelanggan. Dengan ini, disenaraikan beberapa lokasi roti canai sedap di Lembah Klang yang boleh anda kunjungi seperti berikut:

Roti-Canai-Benang
Sumber : therakyatpost

1. Roti Benang Restoran Choice

Bosan makan roti canai biasa? Kunjungi Restoran Choice yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur yang kini tular kerana keenakan roti canai benang. Ia lebih sedap dimakan bersama kuah kari kambing. Pastikan anda kunjungi restoran ini awal pagi kerana ia sentiasa kehabisan sarapan sebelum pukul 10 pagi.

featured_image

2. Sri Nirwana Maju

Restoran Sri Nirwana Maju terkenal bagi makanan daun pisang. Selain itu, ia juga popular bagi roti canai yang lembut dan gebu. Anda boleh menikmati roti canai di sini dengan pelbagai kari seperti kari ikan, dhal, kambing dan ayam. Terdapat juga banyak jenis roti canai yang disediakan selain klasik iaitu roti canai telur, pisang, milo dan sebagainya. Pastikan anda cuba minuman laris restoran ini iaitu ‘morru’ dan ‘lassi’ yang sangat enak dan menyegarkan.

Roti Canai Pelangi 1
Sumber : Roti Canai Pelangi

3. Warung Dimyati Roti Canai Pelangi

Anda pasti teruja untuk mencuba roti canai berwarna-warni di warung yang terletak di Kuala Selangor. Warung ini mengetengahkan roti canai pelbagai perisa dan warna yang diadun menggunakan resepi rahsia pemiliknya. Popular dengan persembahan roti canai unik dengan warna pelangi, setiap warna tersebut ada perisa tertentu.

Roti Canai Pelangi
Sumber : Roti Canai Pelangi

Misalnya warna merah jambu berperisa strawberi, biru berperisa keladi, hijau berperisa epal dan kuning berperisa durian. Ayuh, tunggu apa lagi? Rancanglah perjalanan anda untuk menikmati roti canai lazat ini.

Restoran Hatinie FB
Sumber : Facebook Restoran Hatinie

4. Roti Canai Sarang Burung Restoran Hatinie

Roti canai sarang burung yang disediakan khas oleh Restoran Hatinie telah berjaya menarik ramai pelanggan kerana keenakannya. Terletak di Seksyen 10, Shah Alam, roti canai sarang burung ini dihidangkan dengan telur diletakkan di bahagian tengah yang dikelilingi roti canai gulung. Selain itu, terdapat juga roti canai lain iaitu roti sardin, roti tampal, roti pisang, roti kahwin dan sebagainya lagi yang boleh dinikmati bersama lauk lain.

Raju’s Banana Leaf FB
Sumber : Raju’s Banana Leaf

5. Kedai Makanan Raju

Roti canai kedai makanan Raju adalah antara roti canai sedap di Kuala Lumpur. Nikmati roti canai mereka yang ringan dan rangup dihidangkan atas daun pisang. Ia memang sedap jika anda makan ia bersama dhal dan kari kambing.

FoodAdvisor
Sumber : FoodAdvisor

Anda boleh nikmati roti canai sebagai sarapan pagi dengan segelas teh bersama rakan atau keluarga jika kunjungi Kuala Lumpur.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!