Tips Pemanduan Bagi Pemandu Perlahan

Kemalangan jalan raya bukan sahaja berlaku akibat memandu kenderaan dengan laju malah memandu secara perlahan juga boleh membawa padah. Pemandu jangan alpa tentang aspek keselamatan di jalan raya dan anda dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan selamat.

Pastikan anda pandu kereta dengan kelajuan yang munasabah iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Sekiranya anda memandu secara melulu boleh mendedahkan anda pada risiko berlakunya kemalangan manakala memandu perlahan boleh menghalang kelancaran pemanduan pengguna lain.

Jenis dan Fungsi Lorong di Lebuh Raya

Terdapat empat lorong di lebuh raya yang mempunyai fungsinya tersendiri. Lorong kanan adalah laluan yang digunakan oleh kenderaan laju untuk bergerak pantas di lebuh raya. Lorong tengah untuk kenderaan berat memotong atau kenderaan ringan bergerak laju. Manakala lorong perlahan yang terletak di sebelah kiri lebuh raya adalah laluan yang biasa digunakan oleh pemandu kenderaan berat seperti lori, bas dan kenderaan yang bergerak perlahan. Akhirnya, lorong kecemasan adalah laluan penyelenggaraan lebuh raya, penguat kuasa dan bantuan semasa kemalangan.

Jika anda memandu perlahan di lorong tengah, maka pergerakan di lebuh raya akan tersekat dan menjadi tidak lancar. Oleh itu, ketahui panduan pemanduan kereta sekiranya anda merupakan pemandu perlahan seperti berikut:

1. Gunakan Lorong Kiri

Sekiranya ingin memandu secara perlahan, anda harus menggunakan lorong di sebelah kiri bukan di lorong kanan. Pemanduan secara perlahan bukan sahaja boleh menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Malah, ia juga boleh menyebabkan pemandu lain bertindak memotong kenderaan anda secara merbahaya. Oleh itu, pastikan anda memandu mengikut had laju dan lorong yang ditetapkan agar memudahkan urusan pengguna jalan raya lain.

2. Jangan Melajukan Kenderaan di Lorong Kiri

Kurangkan kelajuan kenderaan sekiranya kenderaan di bahagian belakang ingin memotong kereta anda. Pastikan memberi laluan kepada kenderaan tersebut untuk memotong kereta anda. Sekiranya anda bertindak untuk memandu laju secara tiba-tiba boleh menyebabkan anda terlibat dalam kemalangan. Selain itu, tindakan ini juga boleh mengundang berlakunya buli jalan raya hingga menjejaskan keselamatan pengguna lain.

3. Berhenti Kenderaan di Tepi Jalan

Beri laluan kepada kenderaan di belakang sekiranya ingin memotong dengan memberhentikan kenderaan di tepi jalan secara selamat. Seandainya anda tidak mempunyai tempat untuk memberi laluan, anda digalakkan untuk memberhentikan kereta di tepi jalan supaya dapat memberi laluan kepada kereta yang ingin memotong kenderaan anda. Hal ini juga dapat mengurangkan berlakunya kemalangan.

Sekiranya anda ingin memandu secara perlahan, patuhilah arahan jalan raya yang telah ditetapkan. Janganlah memandu sesuka hati yang hanya membawa padah pada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!