4 Penyenggaraan Kereta Yang Diabaikan

Penyenggaraan kereta perlu dilakukan mengikut jadual bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum. Sekiranya anda gagal melakukan penyenggaraan kenderaan dengan betul, ia boleh rosak pada bila-bila masa terutamanya pada waktu yang tak diingini. Selain penyenggaraan asas, berikut disenaraikan empat penyenggaraan yang perlu dilakukan untuk pemanduan yang lebih selesa:

1. Penyenggaraan Enjin

Penyenggaraan enjin biasanya bukan hanya bergantung pada penukaran minyak enjin, malah terdapat banyak lagi komponen yang perlu disenggara seperti crankshaft seal, camshaft seal, timing belt, flywheel oilseal dan chain drive.

Sekiranya gagal memberi perhatian pada penukaran komponen tersebut, kenderaan anda mungkin akan mengalami kerosakan seperti kebocoran minyak, timing belt putus, valve bengkok dan lain-lain. Oleh itu, pastikan anda menyenggara bahagian enjin dengan betul untuk memastikan pemanduan selamat.

2. Penyenggaraan ‘Undercarriage’

Penyenggaraan undercarriage adalah penyenggaraan komponen seperti penyerap hentakan, lower ball joint, bushing, bearing, pelapik brek dan lain-lain. Semua komponen ini penting untuk menjamin keselamatan ketika memandu kereta. Penggantian komponen ini perlu dilakukan sekiranya terdapat kerosakan kerana ia boleh menyebabkan pemanduan tidak selesa hingga menyebabkan anda terlibat dalam kemalangan jika tidak menggantinya.

3. Penyenggaraan Penghawa Dingin

Penghawa dingin merupakan antara komponen penyenggaraan yang mudah untuk dilakukan. Komponen sistem penghawa dingin seperti penapis kabin, penapis udara enjin, kompressor, bahan penyejuk, cooling coil dan expansion valve perlu diperiksa dan disenggara semasa melakukan penyenggaraan. Ia sangat penting bagi mempunyai ruang udara sejuk yang akan memberi pemanduan selesa. Kerosakan salah satu komponen penghawa dingin boleh menjejaskan pemanduan terutamanya ketika hujan yang boleh menyebabkan cermin kabus.

4. Penyenggaraan Aksesori

Penyenggaraan aksesori jarang diberi perhatian kerana ia dianggap alat yang tidak perlu diganti. Aksesori kereta seperti lampu brek, soket sensor, cermin pandang belakang, pengilap cermin, spark plug dan lain-lain perlu diperiksa dan diganti jika terdapat kerosakan. Lakukan pemeriksaan pada aksesori kereta dan gantikan segera untuk pemanduan selamat di jalan raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!