5 Makanan Kaya Zat Besi Untuk Mencegah Anemia

Zat besi adalah sebahagian daripada haemoglobin dalam sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal dan minda. Kekurangan pengambilan makanan yang mempunyai zat besi boleh menyebabkan seseorang mengalami anemia. Dengan ini ketahui beberapa makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi serta membantu pengaliran darah dalam badan seperti berikut:

maddi-bazzocco-UhrHTmVBzzE-unsplash

1. Kekacang

Tingkatkan pengambilan makanan berasaskan kekacang seperti kacang kuda, kacang soya, biji labu, biji bunga matahari, kacang merah dan lain-lain dalam makanan harian anda. Sumber kekacang ini kaya dengan kandungan zat besi yang mempu meningkatkan tahap haemoglobin dalam badan anda.

Selain kandungan zat besinya, kekacang juga mempunyai sumber karbohidrat kompleks, serat, folat dan beberapa sebatian tumbuhan yang sangat baik untuk kesihatan. Beberapa kajian juga mengaitkan bahawa pengambilan kekacang dapat menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

nathan-dumlao-bRdRUUtbxO0-unsplash

2. Sayur

Sayur-sayuran selalunya mempunyai kandungan zat besi yang lebih tinggi daripada makanan lain seperti daging dan telur. Walaupun sayur-sayuran mengandungi zat besi bukan hem, ia juga umumnya kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sayuran seperti brokoli, kankung, bayam, ubi keledek, tomato dan sebagainya adalah antara sayuran kaya dengan kandungan zat besi. Anda boleh makan ia sebagai ulam atau salad.

pexels-nicola-barts-7937455

3. Daging Merah

Daging merah juga adalah sumber zat besi iaitu sumber mineral yang penting untuk penghasilan sel-sel darah merah. Selain zat besi, ia juga kaya dengan kandungan vitamin B, zink, selenium dan protein. Anda boleh makan daging merah seperti ayam, bahagian organ haiwan, kerang, ikan seperti salmon atau tuna dan lain-lain. Pengambilan daging merah bukan sahaja menyediakan kandungan zat besi hem yang diserap dengan baik, malah ia juga dapat merangsang penyerapan zat besi bukan hem.

harshil-gudka-sOdiO7rd_NM-unsplash

4. Oat

Oat adalah makanan yang lazat dan mudah untuk disediakan serta menambah zat besi ke dalam diet anda. Secawan oat mengandungi sekitar 1.2 mg zat besi serta jumlah protein tumbuhan, serat, magnesium, zink dan folat.

Selain itu, oat juga mengandungi serat larut iaitu beta-glucan, yang boleh membantu menggalakkan kesihatan usus serta mengurangkan paras kolesterol dan gula dalam darah.

pexels-engin-akyurt-3091381

5. Buah-Buahan

Buah merupakan salah satu sumber zat penting bagi tubuh. Buah kurma, delima, anggur kering, kiwi, jambu, strawberi dan buah prun sangat tinggi dengan kandungan zat besi yang diperlukan oleh badan. Pastikan anda menambahkan buah-buahan ini dalam diet seharian untuk kekal sihat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!