Panduan Keselamatan Melintas Jalan Raya

Pejalan kaki merupakan antara golongan tertinggi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Terdapat pelbagai fasiliti yang disediakan oleh pihak kerajaan demi menjamin keselamatan pejalan kaki, namun disebabkan faktor tertentu kemalangan tetap boleh berlaku jika anda mengabaikan langkah keselamatan semasa melintas jalan. Dengan ini disenaraikan beberapa tips keselamatan melintas di jalan raya agar dapat menjaga keselamatan pejalan kaki seperti berikut:

1. Gunakan Lintasan Belang

Pejalan kaki dinasihatkan agar menggunakan lintasan belang yang juga dikenali sebagai ‘zebra crossing’ semasa melintas jalan. Ia disediakan pada jalan raya bagi menjaga keselamatan pejalan kaki dan pengguna kenderaan harus berhenti untuk memberi laluan kepada mereka. Pastikan anda menggunakan kemudahan ini supaya menjamin keselamatan diri daripada melintas jalan sesuka hati di jalan raya yang boleh mengundang risiko.

2. Perhatikan Lalu Lintas Sekeliling

Sebelum melintas jalan adalah menjadi tanggungjawab pejalan kaki untuk memerhati lalu lintas sekeliling dahulu. Terdapat pemandu kenderaan yang mungkin memandu laju dan tidak dapat mengawal kenderaan jika anda bertindak untuk melintas jalan secara tiba-tiba. Oleh itu, pastikan anda sentiasa pandang ke kanan, kiri dan kanan semula agar ia selamat untuk anda melintas jalan raya.

3. Elakkan Penggunaan Telefon Bimbit

Ramai kini menggunakan telefon bimbit sambil melintas jalan raya di mana ia boleh menyebabkan anda terdedah kepada bahaya. Hal ini kerana fokus sepenuhnya terletak pada penggunaan telefon bimbit selain melintas jalan raya yang menyebabkan pejalan kaki berdepan dengan risiko kemalangan sama seperti pemandu yang menggunakan telefon. Pastikan anda memberi fokus sepenuhnya terhadap kawasan persekitaran bagi mengelakkan berlakunya situasi tidak terduga.

4. Pakai Baju Berwarna Terang

Pejalan kaki digalakkan untuk memakai pakaian yang berwarna terang terutamanya pada waktu malam. Hal ini penting supaya memudahkan pemandu kenderaan melihat kemunculan anda di jalan raya. Elakkan memakai pakaian berwarna gelap seperti hitam kerana keberadaan anda mungkin tidak disedari oleh pengguna jalan raya yang melaluinya dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

5. Menggunakan Jejantas

Jangan sesekali cuba untuk melintas di jalan raya besar termasuklah di lebuh raya. Hal ini kerana kebanyakan kenderaan akan dipandu dengan laju dan tindakan anda melintas jalan mungkin boleh mengundang bahaya. Sila pastikan anda hanya melintas di kawasan yang selamat dan betul sahaja. Gunakan kemudahan jejantas yang disediakan untuk melintas jalan raya besar agar dapat menjamin keselamatan diri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!