Percutian Atas Kapal Persiaran Mewah

Ingin merasa percutian menarik dan luar biasa di atas kapal? Percutian di atas kapal persiaran iaitu Resorts World Cruises amat sesuai untuk mereka yang ingin berehat dan menenangkan fikiran sambil menikmati angin laut serta pemandangan lautan yang luas terbentang. Nikmati pelayaran percutian baharu ini dengan beberapa kemudahan seperti berikut:

Travel Daily News Asia
Sumber : Travel Daily News Asia

1. Penginapan Selesa

Dalam merancang sebarang percutian, ramai mementingkan penginapan yang selesa. Jangan risau kerana anda dapat menikmati penginapan selesa dengan bilik yang luas untuk didiami dalam kapal pelayaran ini. Terdapat pelbagai pilihan bilik mengikut kemampuan, termasuk penginapan mewah di The Palace. Selain itu, semua bilik yang ditawarkan di sini dijaga dengan bersih dan dijamin memberi keselesaan yang dijangkakan.

2. Destinasi Percutian Menarik

Resorts World Cruise menawarkan destinasi pelayaran dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang dan Singapura. Bermula pada bulan Oktober ini, ia menawarkan pelayaran ke destinasi baharu iaitu ke Phuket, Thailand, Bali dan Surabaya, Indonesia. Menarik bukan? Kini anda boleh merancang percutian bersama keluarga ke destinasi pilihan sambil menikmati kemudahan yang luar biasa di kapal.

3. Barangan Bebas Cukai

Siapa yang tidak gemar melakukan beli-belah, lagi-lagi sambil belayar? Anda boleh membeli-belah barangan bebas cukai yang ditawarkan di atas kapal dengan tenang. Lebih menarik, anda juga boleh mendapatkan barangan bebas cukai ini dengan potongan diskaun istimewa. Tunggu apa lagi, rancanglah jadual percutian anda bersama Resort World Cruise!

channelnewsasia
Sumber : channelnewsasia

4. Taman Tema

Percutian memang tidak lengkap jika tidak main air terutamanya apabila berasa dalam kapal. Terdapat taman tema dalam kapal dengan enam gelongsor air yang berbeza. Ia boleh dinikmati bukan sahaja oleh kanak-kanak, malah orang dewasa pasti menggemarinya. Selain itu, kolam renang dan permainan air lain juga seronok untuk diterokai di sini.

5. Pusat Kecantikan

Bagi pelancong yang mementingkan penampilan, kapal ini turut menyediakan pusat kecantikan seperti spa, sauna, urutan dan salun rambut. Anda boleh memilih untuk mengambil spa gaya barat atau Asia mengikut cita rasa sendiri.

Resorts World Cruises Fb
Sumber : Facebook Resorts World Cruises

6. Hiburan

Jangan risau, sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju anda boleh menikmati banyak jenis hiburan di dalam kapal ini seperti ‘rock climbing’, bowling, snuker, karaoke, ‘zipline’,zodiac theatre’ dan tempat permainan kanak-kanak.

Resorts World Cruises Fb 1
Sumber : Facebook Resorts World Cruises

7. Makanan Mesra Halal

Pengembara atau pelancong boleh menikmati makanan ‘Mesra Halal’ di dalam kapal ini kerana ia mengikuti Standard OIC/SMICC pertama di dunia. Anda boleh menjamu selera makanan dan minum halal yang khususnya di sediakan di restoran The Lido. Selain itu, terdapat juga makanan vegetarian bagi sesiapa yang ingin makanan ‘vegan’.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!