Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan di mana jika mengalami kerosakan ia boleh menyebabkan kehausan tayar dan masalah pengendalian tayar. Dengan ini, kenali tanda kerosakan ‘tie rod’ seperti berikut:

1. Stereng Bergegar

Stereng bergegar semasa dalam pemanduan adalah salah satu tanda awal ‘tie rod’ mengalami kerosakan selain masalah pejajaran roda, rim bengkok dan bearing rosak. Hal ini berlaku kerana mekanisme stereng kehilangan kawalan terhadap roda kenderaan, kerosakan atau kehausan ‘tie rod end’. Pastikan anda periksa semua komponen yang berkaitan dengan sistem stereng sekiranya terdapat gegaran semasa memandu kereta.

2. Penjajaran Tidak Seimbang

‘Tie rod’ yang berfungsi dengan baik akan membantu mengekalkan penjajaran bahagian hadapan kenderaan. ‘Tie rod’ akan menjadi longgar dan tidak sejajar sekiranya ia telah rosak.

Penjajaran tidak seimbang boleh lebih dikesan apabila kereta menghala ke satu arah. Memandu dalam keadaan ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu, pastikan anda periksa kerosakan dan lakukan penjajaran roda di pusat servis berdekatan.

3. Getaran Berlebihan

Apabila sistem stereng menjadi longgar, tayar akan mula bergerak secara rawak dan menyebabkan kenderaan bergegar. Getaran ini akan bertambah kuat apabila anda memecut, membelok selekoh atau memperlahankan kereta kerana kerosakan ‘tie rod’.

4. Tayar Haus Tidak Sekata

Penjajaran roda tidak seimbang akan menyebabkan tayar haus tidak sekata dan memerlukan perhatian bagi pemanduan yang selesa. Hal ini berlaku apabila ‘tie rod’ semakin longgar hingga menjejaskan kedudukan tayar dan penjajaran roda. Lakukan pemeriksaan terhadap ‘tie rod’ juga sebelum melakukan penjajaran.

5. Bunyi Bising Yang Pelik

Bunyi bising yang pelik apabila memandu kereta terutamanya ketika memusing stereng untuk membelok adalah tanda ‘tie rod’ sudah haus dan perlu diganti. Selain itu, ia juga boleh berpunca daripada masalah ‘ball joints’ dengan kekurangan pelinciran atau tahap cecair stereng kuasa yang rendah. Segera lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis terdekat bagi pembaikan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Kenali Ciri Keselamatan Kereta Terbaharu

Teknologi terkini telah membantu industri automotif untuk meningkatkan ciri keselamatan dalam kenderaan. Ia sangat penting kerana menjadikan kenderaan lebih selamat untuk dipandu. Dengan ini,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!