Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan, anda wajib kunjungi tempat-tempat berikut:

Berkelah Waterfall Facebook
Sumber : Facebook Berkelah Waterfall

1. Berkelah Falls

Berkelah Falls adalah air terjun bertingkat yang mempunyai 7 aras dengan ketinggian berbeza. Ia sangat popular dalam kalangan pelancong kerana mempunyai jatuhan air tertinggi iaitu setinggi 50 meter. Selain itu, pelancong juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini seperti ‘hiking‘, berkelah, mandi-manda dan lain-lain.

Berkelah Falls dikelilingi hutan semula jadi dengan suasana tenang dan aman menjadi lokasi sesuai untuk anda merehatkan minda daripada segala kerja atau masalah. Sekiranya anda merancang untuk melakukan aktiviti mencabar iaitu hiking, pastikan memakai baju sesuai dan membawa botol air agar anda kekal hidrasi.

61488060_2430289427023653_973538686501126144_n
Sumber : Facebook Kuantan River Cruise

2. Kuantan River Cruise

Kuantan River Cruise adalah lokasi sesuai untuk anda nikmati percutian seronok bersama keluarga dan rakan-rakan jika mengunjungi Kuantan. Anda boleh melihat kecantikan hutan simpan bakau yang berusia sekitar 500 tahun melalui Sungai Kuantan.

Kuantan River Cruise 1
Sumber : Facebook Kuantan River Cruise

Sepanjang perjalanan anda juga dapat melakukan aktiviti lain seperti melawat kampung nelayan, melihat kawasan paya dan bersinggah di lokasi bersejarah di mana terdapat sisa kubu Jepun yang diguna ketika Perang Dunia Kedua berlaku. Anda juga boleh melihat keindahan sungai ini dengan menaiki ‘night safari‘.

Kuantanloka
Sumber : Kuantanloka

3. Gua Charas

Gua Charas yang terletak dekat Jalan Gua Charas adalah sebuah tarikan semula jadi yang menggamit kenangan yang indah. Terdapat ‘Sleeping Buddha’ di dalam gua ini yang menjadi tempat beribadat bagi penganut agama Hindu dan Buddha.

Rolling Grace
Sumber : Rolling Grace

Selain itu, Gua Charas turut dipenuhi dengan habitat kelawar, anda dinasihatkan untuk mengenakan pakaian yang bersesuaian apabila berkunjung ke sini.

Cherating Hotel Booking
Sumber : cheratingresort.net

4. Santuari Penyu Cherating

Ingin melihat penyu? Kunjungi Santuari Penyu Cheranting yang terletak di Pantai Chendor untuk melihat pelbagai spesis penyu seperti leatherback turtle, green turtle, hawksbill turtle dan olive ridley turtle.

turtles-890x700_c
Sumber : theleaders-online.com

Santuari ini juga ada menawarkan beberapa program yang menarik untuk pengunjung seperti melawat tapak penetasan telur penyu, melihat pelepasan anak-anak penyu ke laut dan program melihat penyu pada waktu malam. Selain itu, di sini juga terdapat galeri pameran yang sangat informatif tentang dunia penyu untuk tatapan pengunjung.

140065900_3604218226280094_1322181122496510382_n
Sumber : Natural Batik Village

5. Natural Batik Village

Sekiranya anda ingin lakukan aktiviti santai bersama rakan atau kanak-kanak, kunjungilah Natural Batik Village yang terletak di Kampung Cengal Lempung. Anda boleh mendapatkan pengalaman baharu dengan mencanting batik di sini. Terdapat pelbagai lukisan corak batik yang boleh anda cuba atau mengikut kreativiti diri untuk mencanting batik.

116796241_3136923193009602_7673743954003021495_n
Sumber : Natural Batik Village

Selain itu, anda juga boleh membeli produk batik seperti baju, kain, key chain dan sebagainya sebagai cenderahati. Para pelancong juga boleh melihat cara pemprosesan batik dan mengecap batik di tempat ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Kenali Ciri Keselamatan Kereta Terbaharu

Teknologi terkini telah membantu industri automotif untuk meningkatkan ciri keselamatan dalam kenderaan. Ia sangat penting kerana menjadikan kenderaan lebih selamat untuk dipandu. Dengan ini,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!