Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan ia hanya satu isyarat penyakit yang tidak perlu dirisaukan, seterusnya mengakibatkan serangan strok yang lebih teruk.

Punca

Strok terjadi apabila bekalan darah ke bahagian otak terganggu atau berkurangan. Selain itu, tisu otak terhalang daripada mendapat oksigen dan nutrien serta menyebabkan sel-sel otak mula mati dalam beberapa minit.

Secara purata, 25 orang penduduk Malaysia mati akibat serangan strok setiap hari berbanding dengan 9 kematian sehari akibat kemalangan jalan raya. Strok boleh menyerang sesiapa tanpa mengira usia. Golongan muda dan pertengahan yang masih aktif menyumbang kepada aktiviti ekonomi keluarga dan pembangunan negara juga boleh terkena strok.

Tanda dan Simptom

Kenali tanda dan simptom awal penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf ‘B.E.F.A.S.T’ iaitu:

1. Keseimbangan (Balance)

Individu akan hilang keseimbangan badan atau koordinasi secara tiba-tiba. Ia merupakan antara tanda awal yang perlu diberi perhatian agar dapat mengambil tindakan segera untuk merujuk ke hospital.

2. Mata (Eyes)

Strok juga boleh dikesan awal jika seseorang individu mengalami masalah kabur penglihatan. Ia menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.

3. Muka (Face)

Kerosakan pada satu saraf otak boleh menyebabkan muka menjadi senget sebelah.

4. Lengan (Arms)

Sekiranya anda rasa lemah atau kebas pada lengan segera dapatkan rawatan lanjut di klinik kesihatan berdekatan kerana ia boleh menjadi punca penyakit strok.

5. Percakapan (Speech)

Individu juga boleh mengalami masalah dari segi percakapan iaitu pertuturan yang tidak jelas secara tiba-tiba.

6. Masa (Time)

Sekiranya terdapat salah satu simptom penyakit strok anda digalakkan untuk tidak membuang masa dan menghubungi ambulans dengan segera.

Faktor Risiko Strok

Disenaraikan antara risiko strok bagi individu seperti berikut:

• Tekanan darah tinggi
• Tinggi kolesterol
• Obesiti
• Kencing manis
• Tabiat merokok
• Gaya hidup tidak aktif
• Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat

Ketahui bahawa penyakit strok adalah satu kecemasan perubatan. Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk. Rawatan segera perlu diberikan kerana kejadian strok boleh meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Kenali Ciri Keselamatan Kereta Terbaharu

Teknologi terkini telah membantu industri automotif untuk meningkatkan ciri keselamatan dalam kenderaan. Ia sangat penting kerana menjadikan kenderaan lebih selamat untuk dipandu. Dengan ini,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!