Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22 September 2022 di Padang Kawad Briged Tengah PGA Cheras, Taman Cuepacs, Selangor.

220909Spanco-0261e

Program kursus pemanduan ini telah dijalankan atas jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan SPANCO yang disertai oleh 120 orang peserta yang terdiri daripada pemandu kenderaan MPV dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor yang dijalankan selama tiga hari.

220909Spanco-0286e

Objektif program kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran praktikal yang lebih terperinci kepada peserta kursus bagi mengendalikan kenderaan Honda Civic 1.8S MPV dalam usaha untuk memastikan kesiapsiagaan fleet kenderaan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

220909Spanco-0093e

Taklimat dan latihan praktikal termasuk Honda Safe Guide, Taklimat Trek Hands-On, Slalom, NVH, brek kecemasan (kering), tindak balas, lane change, fast corner, brek kecemasan (basah) dan J-turn telah diberikan oleh pihak Honda Malaysia kepada para peserta yang hadir di dalam kursus ini.

220909Spanco-1215e

Program kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mazli Bin Mazlan, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman dan turut dihadiri oleh SAC Tuan Jamel Bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat JPJKK, Bukit Aman, Tuan Shafie Bin Shariff, Penolong Pengarah Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman dan Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Azman Haji Idris.

220909Spanco-0076e

Untitled design

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!