Kenali Ciri Keselamatan Kereta Terbaharu

Teknologi terkini telah membantu industri automotif untuk meningkatkan ciri keselamatan dalam kenderaan. Ia sangat penting kerana menjadikan kenderaan lebih selamat untuk dipandu. Dengan ini, berikut disenaraikan beberapa teknologi canggih yang terdapat pada kenderaan terbaharu:

1. Beg Keselamatan Udara Tengah

Beg Keselamatan Udara Tengah atau lebih dikenali sebagai ‘Centre Airbag’ adalah ciri keselamatan yang diperbaharui untuk meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang sekiranya terlibat dalam kemalangan. Ia berfungsi untuk mengelakkan kecederaan kepala dan badan antara penumpang di barisan depan pada situasi kemalangan sisi dan juga ‘rollover’.

Beg udara ini berfungsi dengan mengeluarkan beg keselamatan udara dari sisi kusyen pemandu bagi meminimakan kecederaan tengkuk dan juga tulang belakang.

2. Safety Exit Assist

Bantuan Keluar Keselamatan atau ‘Safety Exit Assist’ berfungsi untuk memberikan amaran kepada pemandu dan penumpang bahawa kereta lain menghampiri dari belakang. Ciri ini sangat membantu bagi mengelakkan kemalangan apabila pintu kereta dibuka semasa kereta lain menghampiri dari belakang.

Sekiranya perlu sistem ini akan mengunci pintu bagi menghalang pemandu keluar dan dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah belakang. Ciri ini sangat membantu bagi ibu bapa yang melakukan perjalanan dengan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang banyak meragam.

3. Sistem Amaran Titik Buta

Sistem Amaran Titik Buta atau lebih dikenali sebagai ‘Blind Spot Warning System’ dapat mengesan objek yang datang dari arah belakang dan sisi kereta seterusnya akan memaklumkan pemandu melalui visual, audio atau gegaran lembut pada stereng. Amaran ini dapat membantu pemandu untuk lebih berfokus kepada jalan di hadapan. Sesetengah kereta dengan ciri keselamatan ini akan menyediakan brek kecemasan jika pemandu mengabaikan isyarat tersebut bagi mengelakkan kemalangan.

4. Kamera 360 Darjah

Dipasangkan dengan paparan infotainmen, sistem kamera 360 darjah membolehkan pemandu memantau segala-galanya di luar kenderaan. Dengan bantuan kamera dan penderia berbeza yang diletakkan di sekeliling kereta, ia menangkap berbilang sudut, termasuk bahagian hadapan, belakang, kiri dan kanan. Oleh itu, membolehkan pergerakan yang mudah di kawasan sesak, dalam lalu lintas yang sibuk atau semasa meletak kereta. Kamera canggih juga menawarkan pandangan atas-bawah kenderaan dengan sensor mengesan pergerakan.

5. Kawalan Melayar Adaptif (ACC) dengan Stop-and-Go

Kawalan Melayar Adaptif (ACC) dengan Stop-and-Go membolehkan pemandu menetapkan kelajuan melayar dan kemudian mengekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan. Ciri keselamatan ini berfungsi sebagai ‘adaptive cruise’ dengan menggunakan sistem radar bagi mengawal kelajuan berdasarkan aliran trafik dan juga kedudukan kenderaan yang berada di depan. Selain itu, ia juga boleh menetapkan kelajuan mengikut had yang tertera di papan tanda jalan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!