5 Punca Bateri Kereta Gagal Berfungsi

Bateri kereta berfungsi untuk membekalkan arus elektrik yang membantu menghidupkan enjin. Ia adalah komponen penting dalam kereta yang harus dijaga dengan baik bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. Kegagalan bateri kereta adalah punca utama kerosakan kereta berlaku. Ketahui antara punca kegagalan bateri agar anda dapat mengambil tindakan awal seperti berikut:

1. Kerosakan Alternator

Alternator berfungsi untuk menjana tenaga elektrik bagi mengecas bateri kenderaan. Apabila alternator tidak mampu membekalkan arus elektrik yang secukupnya untuk mengecas bateri, ia secara tidak langsung menyebabkan bateri rosak. Gantikan alternator baharu jika terdapat kerosakan agar bateri dapat berfungsi dengan baik.

2. Cas Berlebihan

Akibat cas yang terlalu tinggi, arus berlebihan akan mengalir ke dalam bateri setelah ia mencapai cas penuh. Hal ini akan menyebabkan penguraian air dalam elektrolit dan mengurangkan jangka hayat bateri.

3. Penggunaan Banyak Aksesori

Penggunaan aksesori kereta seperti GPS, kamera pemuka atau lebih dikenali sebagai ‘DASHCAM’, amplifier besar dan juga kabel USB yang terbiar pasang menjadi punca kerosakan bateri. Hal ini kerana aksesori tersebut tidak dimatikan secara automatik dan menggunakan kuasa daripada kereta yang menjadi punca bateri gagal.

4. Asid Kering

Proses hakisan berlaku pada terminal bateri kereta akibat tindak balas kimia daripada sentuhan dua permukaan logam dan arus elektrik yang melaluinya. Tompokan asid kering berbentuk debu putih akan terkumpul pada terminal bateri. Hal ini akan menyebabkan kerosakan bateri kerana asid kering tersebut menghalang proses pengecasan semula bateri. Pastikan anda membersihkan terminal bateri sekiranya terdapat pengumpulan tompokan asid kering bagi memastikan pengaliran tenaga elektrik yang optimum.

5. Cuaca Panas

Kereta yang terdedah di bawah cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan bateri akibat suhu panas. Suhu panas akan mempercepatkan kakisan di dalam bateri serta menyebabkan air tersejat daripada cecair elektrolit bateri. Kotak bateri juga akan mengembang dari saiz asalnya. Oleh itu, pastikan anda meletakkan kereta di kawasan teduh supaya dapat meningkatkan jangka hayat bateri kereta.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!