5 Tip Menjaga Kesihatan Jantung

Jantung adalah organ penting dalam badan yang berfungsi untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan. Menjaga kesihatan jantung sangat penting bagi menjamin hidup lebih sihat dan sejahtera. Disenaraikan beberapa tips menjaga kesihatan jantung seperti berikut:

1. Senaman

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula dalam darah dan kolesterol dalam julat yang sihat. Lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya lima kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Senaman ringan ini membantu mencegah penyakit kardiovaskular dengan melambatkan proses aterosklerosis dan menstabilkan tekanan darah.

2. Diet Seimbang

Amalkan diet seimbang untuk mengurangkan kadar kolesterol dan gula dalam darah. Pastikan anda memilih makanan yang rendah dengan kandungan lemak tepu bagi mengurangkan kolesterol. Elakkan makanan bergoreng serta meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia merupakan sumber serat, vitamin, mineral serta fitokimia yang baik untuk jantung anda.

3. Kurangkan Stres

Stres dan tekanan hanya akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Menangani stres dengan baik akan mengurangkan penghasilan hormon stres dan radikal bebas. Hal ini juga akan menyeimbangkan tekanan darah, mengurangkan risiko strok dan kardiovaskular.

4. Kekalkan Berat Badan Ideal

Mengekalkan berat badan ideal dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Kekalkan ‘Body Mass Index’ yang ideal dalam julat 18.5-24.9kg/m² agar dapat mengurangkan risiko penyakit metabolik.

5. Berhenti Merokok

Merokok adalah satu kegiatan yang menjejaskan kesihatan badan terutamanya jantung. Hal ini kerana nikotin akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan secara tidak langsung menyekat dan mengurangkan kelancaran aliran darah.

Kesempitan saluran darah akan menjejaskan fungsi jantung dalam membekalkan oksigen ke sel-sel jantung sendiri. Oleh itu, pastikan anda berhenti merokok untuk menjaga kesihatan jantung.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!