Nasi Lemak Viral Di Lembah Klang

Nasi lemak merupakan hidangan popular yang biasanya boleh dinikmati pada bila-bila masa. Makanan lengkap ini menjadi kegemaran ramai kerana keenakannya yang tidak terhingga dan juga menyebabkan perut kenyang dengan cepat. Disenaraikan beberapa ‘port’ nasi lemak viral di Lembah Klang seperti berikut:

f000e207-4949-41d9-9165-2e888881df12

1. Tauke Nasi Lemak RM1

Abang Sudu atau lebih dikenali ramai sebagai tauke nasi lemak RM1 ini telah viral di media sosial kerana menjual nasi lemak dengan harga rendah. Terletak di Taman Desa Coalfields bertentangan dengan Restoran Hijaz, Abang Sudu akan memulakan perniagaannya pada pukul 6.40 pagi.

Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, telur, kacang, sambal dan ikan bilis menjadi kegemaran ramai kerana keenakannya. Pastikan anda datang awal untuk menikmati nasi lemak Abang Sudu sebelum terlewat kerana nasi lemak di sini sentiasa habis awal. Nak rasa, singgahlah!

Warung Bunian
Sumber : Facebook Warung Bunian

2. Warung Bunian

Warung Bunian yang terletak di Kampung Sungai Merab menyediakan nasi lemak telur bungkus yang paling sedap. Terdapat pilihan nasi lemak lain seperti nasi lemak telur mata, nasi lemak telur goyang dan nasi lemak kosong. Anda juga boleh menikmati roti canai yang cukup popular di mana ia dihidangkan bersama kuah dal dan sambal yang enak.

Selain sarapan, anda juga boleh menikmati makanan tengah hari di mana menu ditetapkan mengikut hari oleh pemiliknya. Lakukan tempahan awal untuk menikmati nasi lemak atau sarapan lain di sini kerana biasanya makanan habis seawal pukul 8 pagi.

Timeout
Sumber : Timeout

3. Nasi Lemak Bumbung

Kunjungi Nasi Lemak Bumbung yang terletak di Seapark, Petaling Jaya jika anda ingin menikmati nasi lemak bersama ayam goreng yang rangup dan isi yang lembut dengan sambal pedas manis. Pastikan anda datang awal jika ingin mengelakkan beratur panjang untuk menikmati nasi lemak ini. Nasi Lemak Bumbung yang beroperasi lebih 20 tahun ini pasti akan menyebabkan anda terliur dan menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat kegemaran anda.

Hungry Onion
Sumber : Hungry Onion

4. Nasi Lemak Tanglin

Terletak di Kuala Lumpur, Nasi Lemak Tanglin mendapat sambutan pelanggan disebabkan sambalnya yang enak dan pedas. Gerai nasi lemak tertua di Kuala Lumpur ini menyediakan pelbagai lauk-pauk yang boleh anda nikmati seperti sotong, rendang, ayam goreng, ayam sambal dan sebagainya. Antara hidangan lauk yang paling popular anda harus cuba di sini adalah sambal sotong dan paru goreng.

Village Park
Sumber : Facebook Restoran Village Park

5. Restoran Village Park

Jika anda berada di sekitar Damansara Utama, memang wajib anda kunjungi ke Restoran Village Park untuk menikmati nasi lemak ayam goreng mereka yang memang popular. Ayam gorengnya sangat rangup dan sambal nasi lemaknya juga seimbang dengan rasa manis, masin dan pedas. Nasi lemak di sini dijamin lebih enak jika dinikmati panas-panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!