5 Kopi Botol Yang Wajib Anda Cuba

Kopi adalah minuman kegemaran ramai sehingga tidak lengkap memulakan rutin seharian tanpa minum segelas kopi. Terdapat banyak kedai dan kafe kopi yang menjadi pilihan individu mengikut cita rasanya. Namun, jika anda ingin mencuba kopi yang sedap dan berbaloi khususnya dalam botol boleh kunjungi tempat berikut:

Celsius Coffee Fb
Sumber : Facebook Celsius Coffee

1. Celsius Coffee

Celsius Coffee menyediakan kopi premium buatan sendiri di Putrajaya. Kopi ini disediakan dalam botol kaca dengan bentuk estetik yang berjaya menarik minat ramai pelanggan selain kopinya yang enak.

Celsius Coffee Fb 1
Sumber : Facebook Celsius Coffee

White Cold Brew, Black Cold Brew, Classic Latte, Caramel Latte, Mocha, White Mocha, Artisan Chocolate dan Artisan Matcha adalah antara perisa kopi yang mendapat sambutan hangat pelanggan.

kopikisar fb 2
Sumber : Facebook Kopi Kisar

2. Kafe Kopi Kisar

Kafe Kopi kisar yang terletak di Melaka sangat popular bagi suasana kafe yang cantik serta kopi yang lazat. Ia menawarkan lima jenis perisa kopi yang berbeza dengan rasa aroma kopi yang kuat dan wangi. Terdapat juga roti bakar yang ranggup dengan mentega dan kaya meleleh.

kopikisar fb 1
Sumber : Facebook Kopi Kisar

Antara perisa kopi yang popular di kafe Kopi Kisar adalah Vanilla Cream Latte, di mana rasa dan aroma vanilla muncul pada hirupan pertama dengan kopi premium yang diperbuat daripada 100% biji kopi Arabika. Antara kopi yang menjadi kegemaran ramai selain Vanilla Cream Latte adalah Matcha Latte, Hazelnut Latte, Berry Latte dan Zero Latte. Selain Melaka, kini anda boleh menikmati keenakan kopi kisar yang premium di Kuala Lumpur dan Selangor melalui pesanan dalam talian atau ‘pickup’.

BlvckCoffee My Fb 1
Sumber : Facebook BlvckCoffee My

3. Forever Blvck Coffee

Daripada minuman klasik kepada perisa kopi bermusim, Forever Blvck Coffee membuka kedai kopi dalam van yang digelar ‘Grumpyvagen’ di sekitar Bukit Tunku dan Bukit Damansara.

BlvckCoffee My Fb
Sumber : Facebook BlvckCoffee My

Rasa kopi yang cukup enak akan membuatkan anda rasa nak minum lagi. Anda juga boleh cuba latte campur dengan Irish Creme serta Matcha yang mempunyai rasa asli.

Toki Bear Fb
Sumber : Facebook Toki Bear

4. TokiBear

Minuman kopi sejuk yang dihidangkan oleh Toki Bear mempunyai keenakan sangat unik. Terletak di Mont Kiara, kopi Rose Lattenya sangat popular di kalangan pelanggan kerana bau bunga mawar yang wangi digabungkan dengan rasa pahit kafein yang halus menenangkan minda pelanggan. Earl Grey Latte dan Coconut Latte juga patut dicuba jika anda inginkan sesuatu dengan citarasa tempatan.

236183455_288614123065433_4189722375977138377_n
Sumber : Facebook Kopii By Ahjussi

5. Kopii by Ahjussi

Jika anda gemarkan kopi yang manis, Kopii by Ahjussi merupakan pilihan yang tepat bagi anda. Disediakan dalam botol kaca yang cantik dengan pelbagai perisa lazat, kopi ais ini memang sangat ketagih untuk diminum. Caramel Macchiato, Americano, Classic Latte, Mocha dan Gula Melaka Latte adalah antara kopi yang mendapat sambutan pelanggan. Pastikan anda cuba sekali supaya tidak menyesal nanti!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!