Tanda Bearing Tayar Rosak

Bearing tayar berfungsi untuk membolehkan tayar berputar lancar dengan meminimumkan geseran pada roda. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh menjejaskan pemanduan dan juga mampu mengakibatkan kerosakan komponen kereta yang lain. Ketahui tanda kerosakan bearing seperti berikut:

1. Bunyi Berdengung

Bunyi berdengung semasa kereta bergerak adalah tanda bearing rosak. Semakin laju anda memandu kereta, semakin kuat bunyi ini boleh didengari. Segera gantikan bearing baharu atau lakukan pemeriksaan di pusat servis bertauliah jika terdapat bunyi berdengung kerana ia boleh merosakkan hub serta ‘spindle’.

Four ball bearings isolated on white background

2. Bunyi Pelik Ketika Membelok

Bunyi pelik ketika anda membelok stereng kereta ke kiri atau kanan semasa memandu adalah salah satu tanda bearing perlu diganti. Lakukan pemeriksaan terhadap keadaan bearing serta benda asing yang mungkin tersepit pada cakera brek rotor.

3. Tayar Haus

Bearing yang longgar akan memberi kesan langsung pada permukaan tayar. Sekiranya anda melihat tayar haus tidak rata, ia mungkin berpunca daripada bearing yang rosak. Tayar haus juga boleh dikaitkan dengan isu penggantungan yang tidak betul. Lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis untuk mengetahui punca sebenar tayar haus tidak sekata dan lakukan pembaikan segera.

4. Lampu ABS Menyala

Lampu amaran Sistem Brek Antikunci atau ‘Anti-Lock Brake System’ (ABS) akan menyala jika terdapat kerosakan pada bearing tayar. Hal ini kerana bearing yang longgar boleh memberi tekanan tinggi hingga menyebabkan kerosakan serta menyebabkan lampu amaran ABS menyala. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan jika anda melihat lampu amaran tersebut menyala supaya dapat mengelakkan kerosakan komponen lain.

5. Stereng Bergetar

Bearing yang rosak boleh menyebabkan stereng bergetar. Kegetaran stereng semakin meningkat apabila memandu kereta dengan kelajuan tinggi dan semasa membelok ke kiri atau kanan. Hal ini berlaku kerana terdapat ‘bearing play’ berlaku di kawasan bearing yang menyebabkan kadar kerosakan yang lebih cepat dan boleh menyebabkan kerosakan tayar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!