Langkah Keselamatan Untuk Mengelakkan Kecurian Kereta

Kecurian kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebagai pengguna kenderaan yang bertanggungjawab, ia menjadi kewajipan kita untuk sentiasa berwaspada dalam penjagaan kereta di tempat awam. Disenaraikan antara tips menjaga keselamatan kereta seperti berikut:

1. Kunci Kenderaan

Pastikan anda mengunci kereta sebelum meninggalkannya di tempat letak kenderaan. Periksa beberapa kali untuk memastikan pintu dan tingkap ditutup serta dikunci agar pencuri tidak boleh mencapai pemegang pintu dari dalam kereta.

2. Pasang Kunci Tambahan

Bagi meningkatkan keselamatan kereta anda daripada dicuri, anda digalakkan untuk memasang kunci tambahan. Kunci tambahan ini merangkumi kunci stereng, kunci tayar dan kunci klac. Penambahan kunci ini akan meningkatkan masa bagi penjenayah membuka kunci-kunci berkenaan lalu meninggalkan kereta anda. Ia juga membantu orang lain melihat pencuri dengan mudah dan membantu menyelamatkan kereta anda.

3. Arahkan Tayar Pada Bendul Jalan

Banyak kereta dicuri ketika banjir menggunakan trak tunda. Kecurian seperti ini boleh dielakkan dengan meletakkan kereta secara menyengetkan kedudukan tayar ke arah bendul jalan. Hal ini kerana pencuri akan menghadapi kesukaran untuk menarik mahupun menolak kereta. Kereta yang memakan masa lama untuk dicuri biasanya tidak menjadi sasaran pencuri.

4. Letakkan Telefon Bimbit Dalam Kereta

Letakkan telefon bimbit yang tidak digunakan lagi dalam kereta agar dapat mengesan kereta anda menerusi sistem pengesan GPS. Pastikan telefon bimbit tersebut mempunyai bateri yang mencukupi serta internet bagi membantu dalam urusan pihak polis untuk menjejaki kereta tersebut.

5. Sistem Penggera Berkualiti

Pastikan kereta anda dipasang dengan alat penggera yang baik. Hal ini penting kerana alat penggera yang berfungsi dengan baik dapat memberi tanda amaran awal kepada orang sekeliling yang berada berdekatan kenderaan anda menyedari sesuatu yang mencurigakan apabila kereta anda cuba dipecah masuk.

6. Jangan Letakkan Barang Berharga

Jangan sesekali meninggalkan barang berharga seperti telefon bimbit, beg tangan, dompet, komputer riba, duit dan sebagainya dalam kereta. Hal ini kerana barang berharga boleh menarik perhatian pencuri untuk memecahkan tingkap dan meragut barang berharga tersebut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!