Bangunan Dan Monumen Bersejarah Lambang Kemerdekaan

Sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini, marilah kita meluangkan masa dengan melancong ke beberapa tempat bersejarah yang menjadi lambang kemerdekaan. Melancong ke tempat bersejarah juga akan menyemarakkan lagi rasa cinta pada tanah air pada generasi muda. Disenaraikan beberapa bangunan dan monumen bersejarah yang wajib anda kunjungi seperti berikut:

stadthuys
Sumber : MediSata

1. Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadthuys adalah bangunan bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di bandaraya Melaka. Bangunan ikonik ini telah dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan merupakan pusat pentadbiran Belanda.

The Stadthuys memaparkan ciri khas senibina kolonial Belanda dengan dinding besar, tingkap louvred dan pintu chunky dengan engsel besi tempa. Bangunan Merah ini kini ialah sebuah bangunan muzium di mana ia dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi.

Muzium Ethnografi memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Manakala, Muzium Sejarah pula memperagakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak kepada sejarah Malaysia hari ini bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis Belanda, Inggeris, Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan.

memorial-batu-bersurat-4
Sumber : museum.terengganu.gov.my

2. Memorial Batu Bersurat

Memorial Batu Bersurat dibangunkan sebagai suatu peringatan tempat penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Batu Bersurat adalah sumber sejarah bertulis Islam terawal di Malaysia yang membuktikan daerah Kuala Berang telah menerima Islam sebagai agama rasmi.

Kepentingan Batu Bersurat Terengganu sebagai sumber sejarah secara umumnya dapat membina semula sejarah peradaban Melayu dan memberi kefahaman jitu terhadap pemikiran sejarah masyarakat Melayu berasaskan konsep peradaban Melayu adalah peradaban Islam. Anda boleh melihat Memorial Batu Bersurat ini di Muzium Negeri Terangganu untuk mengetahui asal-usul serta sejarahnya.

Tourism Manjung
Sumber : Tourism Manjung

3. Kota Belanda

Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor merupakan sebuah kubu yang didirikan sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang telah dilombong di negeri Perak. Ia telah dibina oleh Syarikat Timur Hindia Belanda pada 20 Mac 1670 yang kini berusia lebih 300 tahun.

Belanda telah mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pangkor dengan kerjasama tenaga seramai 60 orang tentera semenjak tahun 1680 hingga ke tahun 1743. Walau bagaimanapun, pahlawan tempatan Melayu Panglima Kulup telah membuat perancangan dan menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehinggalah berjaya menewaskan Belanda dan menghalau Belanda dari Pulau Pangkor pada tahun 1743. Anda boleh melancong ke Pulau Pangkor dan melihat Kota Belanda serta Batu Bersurat untuk mengetahui peninggalan sejarah ini.

galeri brooke
Sumber: Facebook
The Brooke Gallery at Fort Margherita

4. Kubu Margherita

Kubu Margherita atau lebih dikenali sebagai Fort Margherita adalah salah satu monumen bersejarah yang paling terkenal dan menjadi mercu tanda bandaraya Kuching. Kubu ini dibina dalam gaya istana kota Inggeris untuk melindungi Kuching dari serangan lanun, menunjukkan kuasa dan keteguhan kerajaan serta menambahkan keindahan Kuching.

Kubu ini kini dijadikan sebagai muzium yang mempamerkan barangan dan artifak daripada keluarga Brooke yang memerintah Sarawak selama lebih satu abad sebelum menyerahkan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua.

JomJalan
Sumber : JomJalan

5. Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di atas Bukit Maung adalah bekas kubu pertahanan tentera British ketika menakluki Tanah Melayu dengan mempunyai pemandangan laut seluas 320 darjah. Ia dibina pada tahun 1930 dengan menggunakan tenaga banduan yang dihukum mati dari negara-negara jajahan takluk pihak British.

Para pelancong boleh melawat muzium ini untuk melihat kesan tinggalan seperti berek askar, tempat memasak, tempat menyimpan senjata dan peluru sehinggalah ke terowong bawah tanah dan sisa kubu perang yang masih tinggal. Muzium Perang Pulau Pinang yang digunakan ketika perang dunia kedua ini merupakan tempat pelancongan berilmiah yang wajib dikunjungi untuk mengetahui sejarah perang yang berlaku.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!