Buli Siber Menjejaskan Kesihatan Mental

Sejak kebelakangan ini, kejadian buli siber semakin meningkat di negara kita. Definisi buli siber adalah perbuatan yang mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik khususnya menerusi media sosial. Kes buli siber semakin meningkat dan membimbangkan sejak terdapat seorang pengguna media sosial yang terkesan hingga meninggal dunia baru-baru ini.

Masih terdapat ramai pengguna yang tidak berwaspada dengan cara penggunaan media sosial secara betul. Mangsa-mangsa buli pula mengalami trauma yang berpanjangan hingga tidak keluar untuk meminta bantuan. Marilah kita sama-sama mengenali buli siber dan cara mengatasinya.

Jenis-Jenis Buli Siber

Antara jenis-jenis buli siber adalah seperti yang berikut:

• Mesej yang mengganggu dan mengancam.
• Menyalahgunakan kata laluan atau Nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
• Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
• Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
• Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
• Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.

smpn 12
Sumber : SMPN 12

Kesan Buli Siber

Kesan buli siber lebih buruk daripada buli fizikal malah mangsa buli siber juga akan mengalami kesan psikologi berpanjangan lebih lama berbanding mangsa yang dibuli secara fizikal. Hal ini kerana mangsa tidak mengetahui identiti sebenar pembulinya.

Antara kesan lain adalah mangsa buli siber boleh mengalami kemurungan, kurang bersosial, rasa kehilangan harga diri, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga boleh bunuh diri jika tidak dapat mengawal emosinya.

Cara Menangani Buli Siber

1. Berkongsi Masalah

Salah satu punca utama mangsa buli siber bertindak negatif adalah tidak berkongsi masalah yang dihadapinya kepada sesiapa. Berkongsi masalah dengan keluarga rapat, rakan-rakan atau sesiapa yang boleh dipercayai boleh membantu mangsa buli mendapat nasihat serta sokongan yang diperlukan.

2. Detox Media Sosial

Detox media sosial adalah perbuatan mengambil cuti daripada menggunakan sebarang platform media sosial bagi satu jangka masa tertentu. Detox ini sangat baik untuk menjaga kesihatan mental pengguna, mengurangkan pembuangan masa di dunia maya dan membuatkan diri kita lebih fokus dan tenang.

3. Melaporkan Serta Menyekat Akaun Pembuli

Laporkan dan menyekat akaun pembuli supaya anda tidak terjejas dengan perbuatan pembuli untuk mengganggu mangsa buli. Hal ini kerana pembuli siber mahu mangsa bertindak balas. Sekiranya mereka diabaikan, akhirnya mereka akan muak dan beralih kepada orang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat menghalang pembuli daripada terus mengganggunya.

4. Melaporkan Kes Buli Siber Ini Kepada Pihak Berkuasa

Mangsa buli perlulah melaporkan kes buli siber kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat mengenakan tindakan undang-undang kepada pembuli dengan segera. Laporan mangsa buli sangat penting bagi pihak berkuasa mendapat informasi serta memadamkan akaun pembuli secara kekal atas kesalahan penyalahgunaan media sosial. Tindakan mangsa buli untuk berani melaporkan kes buli siber juga dapat menyelamatkan pengguna media sosial lain daripada menjadi mangsa buli siber.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!