Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda merancang percutian hujung minggu ke Ipoh:

Ipoh Hainan Chicken Rice fb 1
Sumber : Facebook Ipoh Hainan Chicken Rice

1. Ipoh Hainan Chicken Rice

Kalau sudah sampai Ipoh rugi jika balik tanpa makan nasi ayam yang cukup popular di bandar ini. Kunjungi Ipoh Hainan Chicken Rice yang terletak di Jalan Raja Musa Aziz untuk menikmati nasi ayam enak. Uniknya nasi ayam di Ipoh adalah ia dihidangkan bersama tauge yang ranggup.

Ipoh Hainan Chicken Rice fb
Sumber : Facebook Ipoh Hainan Chicken Rice

Selain itu, Roasted Chicken, Steamed Chicken, Lemon Chicken, Honey Sauce Chicken, BBQ Chicken dan Deep Fried Tofu in Oyster Sauce mendapat sambutan hangat pelanggan yang menjamu selera di sini. Pastikan anda singgah di restoran ini yang menghidangkan menu lazat!

Miker Food FB
Sumber : Facebook Miker Food

2. Miker Food

Ingin menikmati piza yang sedap dengan harga berpatutan? Miker Food sangat terkenal kerana menyajikan pelbagai piza yang sedap dengan topping yang diletakkan cukup banyak.

Miker Food FB 1
Sumber : Facebook Miker Food

Selain piza, terdapat juga makanan lazat lain iaitu Tomyam Kelapa, Buttermilk Chicken, Ikan Siakap 3 Rasa dan sebagainya yang pastinya anda akan berasa puas hati makan di sini.

Konda Kondi Cafe 1
Sumber : Facebook Konda Kondi Cafe

3. Konda Kondi Cafe & Bistro

Konda Kondi Cafe & Bistro yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah adalah kafe bergaya hipster yang menawarkan pelbagai jenis makanan barat enak. Kafe ini sentiasa mempunyai ramai pelanggan kerana keenakan makanannya.

Konda Kondi Cafe
Sumber : Facebook Konda Kondi Cafe, Spicy and Creamy Spaghetti

Antara makanan yang mendapat sambutan pelanggan adalah Nachos Macho’s, Spicy and Creamy Spaghetti, Chicken Chop, Brownies with Ice Cream dan Lamb Stick. Jangan lupa cuba makanan lazat ini bersama rakan atau keluarga ketika mengunjungi Ipoh.

Laksa_SaranghaeIpoh
Sumber : Facebook Laksa_SaranghaeIpoh

4. Laksa Saranghae

Pencinta laksa, anda wajib kunjungi Laksa Saranghae atau lebih dikenali sebagai Laksa Sarang Kontena yang terletak di Kampung Dato’ Ahmad Said. Laksa telur bersarang merupakan hidangan yang cukup popular di mana laksa disajikan bersama telur dadar rangup yang bentuknya ala-ala sarang burung.

Laksa Saranghaeipoh
Sumber : Facebook Laksa Saranghaeipoh

Terdapat juga makanan lain seperti nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, chapati, kuey teow goreng dan sebagainya yang sedap dan semestinya mengenyangkan!

OpenRice Malaysia
Sumber : OpenRice Malaysia

5. Greentown Dim Sum Kafe

Dim Sum merupakan antara makanan popular yang dicari ramai jika mengunjungi Ipoh. Greentown Dim Sum Kafe adalah lokasi makanan yang sesuai untuk anda yang ingin menikmati dim sum lazat dan menyelerakan.

Orang Perak
Sumber : Orang Perak

Antara lauk yang boleh didapati di sini adalah Pyramid Dim Sum, Fried Prawn Dumpling dan Fried Radish Cake.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!