Aktiviti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia adalah sangat penting. Disenaraikan beberapa cara menyambut bulan kemerdekaan seperti berikut:

MYNEWSHUB
Sumber : MYNEWSHUB

1. Menghias Rumah

Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tahun ini anda boleh menghias rumah masing-masing dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara kreatif. Anda juga boleh menghias kereta, basikal, beg sekolah dan lain-lain tempat bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

baju-bendera-malaysia-merdeka-kanak-kanak-lelaki-perempuan-06-350×350
Sumber : Daily Rakyat

2. Pakaian Bertema Kemerdekaan

Berpakaian berdasarkan tema kemerdekaan oleh kanak-kanak dapat menerapkan semangat patriotik kepada mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan. Bukan sahaja kanak-kanak, malah ibu bapa dan orang dewasa juga boleh menunjukkan semangat patriotik di bulan kemerdekaan dengan berpakaian tema kemerdekaan. Dengan ini, anda bukan sahaja membantu memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan malah dapat meningkatkan tahap kreativiti anda.

siakap keli
Sumber : Siakap Keli

3. Anjurkan Pesta Makanan dari Pelbagai Budaya

Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Oleh itu, anjurkan pesta makanan dari pelbagai budaya untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

IMdb
Sumber : IMDb

4. Tayangan Filem Kemerdekaan

Menonton filem kemerdekaan seperti Darah Satria, Embun, Sarjan Hassan, Tanda Putera, 1957 : Hati Malaya, Leftenan Adnan, Mat Kilau dan sebagainya akan meningkatkan pengertian kemerdekaan Malaysia kepada golongan remaja dan generasi muda. Pihak sekolah atau ibu bapa boleh menanyangkan filem-filem berunsur patriotik yang mampu menyuntik rasa cintakan negara dalam diri remaja.

MyDoodle-2022-1080p-X-864p-819×1024

5. Menyertai Pertandingan Kemerdekaan

Setelah dua tahun menyambut Hari Kebangsaan secara norma baharu, keluarga Malaysia kini dapat menyambut semula seperti biasa pada tahun ini. Anda boleh menggunakan peluang ini dengan menyertai pelbagai pertandingan kemerdekaan seperti Pertandingan ILHAM Merdeka TikTok Challenge, Pertandingan [email protected], Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis [email protected], Program Pengisahan Kenegaraan, serta Sayembara Sajak Merdeka, di mana semuanya akan bermula pada 1 Ogos hingga 16 September depan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!