Aplikasi Mobil SPANCO telah dilancarkan pada Januari 2017 sebagai satu inovasi efektif bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan pihak SPANCO secara dalam talian. Menerusi aplikasi ini pelanggan dapat menghubungi SPANCO dengan lebih cepat serta menikmati pelbagai faedah perkhidmatan SPANCO yang lain.
Mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis, mendapatkan bantuan kerosakan dan mengemaskinikan profil anda adalah antara perkhidmatan yang boleh didapatkan menerusi aplikasi ini.
Pelanggan SPANCO digalakkan untuk menggunakan Aplikasi Mobil SPANCO yang bukan sahaja memudahkan urusan anda malah sangat senang untuk digunakan di mana anda hanya perlu memuat turun Aplikasi Mobil SPANCO melalui Google Playstore (Android) dan Apple App Store (iPhone) dahulu.
Setelah memuat turun aplikasi ini, pelanggan perlu mendaftar untuk mengaktifkan akaun anda sebelum menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan dalam aplikasi ini.
Pelanggan yang berjaya mendaftar boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan melalui enam pilihan di menu utama iaitu ‘lapor kes’, ‘semak kes’, ‘temu janji servis’, ‘daftar masuk (service check in)’, ‘maklum balas’ dan ‘pertanyaan umum’.