Panduan Menjaga Cat Kenderaan Seperti Kereta Baharu

Baru beli kereta tetapi nampak seperti lama digunakan? Pengabaian penjagaan cat kenderaan akan menyebabkan ia cepat pudar dan tidak cantik untuk dilihat. Oleh itu, disenaraikan beberapa tips menjaga cat kereta seperti berikut:

1. Cuci Kereta Selepas Hujan

Air hujan merupakan punca utama cat kereta cepat pudar. Hal ini kerana air hujan mempunyai asid yang boleh menghakis ‘clear coat’ dan cat kereta dalam jangka masa panjang. Bagi mengelakkan keadaan ini, anda digalakkan untuk mencuci kereta selepas terkena air hujan supaya dapat mengekalkan kondisi cat yang baik.

2. ‘Wax’ Kereta

Cat kenderaan boleh cepat pudar jika terdedah lama di bawah cahaya matahari untuk jangka masa lama. Anda boleh melindungi cat kereta daripada hujan asid dan sinaran ultra ungu dengan menggunakan ‘wax’. Pastikan anda menggunakan ‘wax’ sekurang-kurangnya sebulan sekali pada permukaan kenderaan agar dapat melindungi cat kereta pudar dengan cepat.

3. Elakkan Letak Kenderaan di Bawah Pokok

Kereta yang diletakkan di bawah pokok boleh terdedah dengan najis burung. Najis burung mengandungi asid dan bersifat kasar kerana pengambilan makanan yang mengandungi bijiran, benih, buah dan cebisan kerikil.

Peninggalan najis di permukaan kenderaan bagi tempoh masa yang lama boleh mengotorkan, mengeras dan mencalarkan cat kenderaan anda hingga melunturkan warna cat ketika anda membersihkannya. Pastikan anda membersihkan najis burung dengan segera agar dapat menjaga cat kereta.

4. Keringkan Kereta Segera

Ramai gemar mencuci kenderaan dan membiarkan ia kering sendiri. Tahukah anda perbuatan ini merupakan salah satu punca cat kereta cepat pudar? Air yang dibiarkan kering sendiri akan meninggalkan kesan pada permukaan cat kereta. Oleh itu, pastikan anda segera mengeringkan kereta sejurus mencuci seperti yang dilakukan di pusat cucian kereta.

5. Gunakan Kain Mikrofiber

Gunakan kain lembut seperti kain mikrofiber untuk mencuci dan mengelap kenderaan. Hal ini kerana penggunaan span atau kain lain akan memerangkap habuk pasir hingga menyebabkan kereta anda mempunyai kesan calar halus. Pastikan anda mengguna kain lembut dan sabun saranan pakar automotif demi menjaga cat kenderaan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!