Tips Menyejukkan Rumah Pada Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini menyebabkan rumah anda berasa bahang pada waktu siang mahupun malam. Keadaan ini juga menjadi punca utama ramai berasa tidak selesa berada di dalam rumah serta mengganggu aktiviti harian. Ikuti beberapa tips menyejukkan ruang dalaman rumah seperti berikut:

1. Air Dalam Besen

Tiada penghawa dingin? Jangan risau anda boleh menggunakan kaedah meletakkan air atau ais dalam besen di bilik atau ruang tamu. Ia akan bantu memerangkap atau menyerap segala udara dan haba panas di ruangan tersebut.

2. Gunakan Lampu LED

Penggunaan lampu boleh meningkatkan haba dalam rumah. Anda disarankan untuk menggunakan lampu jenis LED kerana ia lebih mesra alam, murah dan juga tidak mengeluarkan haba. Secara tidak langsung membantu mengurangkan rasa bahang dalam rumah ketika cuaca panas.

3. Menutup Langsir

Tutup langsir tingkap atau pintu gelangsar sekiranya rumah anda mempunyai pancaran cahaya matahari langsung. Dengan langkah ini, cahaya matahari tidak akan menembusi dan memasuki ruang di dalam rumah sekali gus mengelakkan bahang terperangkap.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk memilih warna langsir yang terang kerana ia mampu memantulkan kembali cahaya sementara warna gelap menyerap cahaya dan membuatkan rumah bertambah panas.

4. Gunakan Fabrik yang Sesuai

Bahang yang melampau boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur. Anda boleh menggunakan fabrik cadar yang sesuai seperti yang diperbuat daripada linen atau kapas yang lebih sejuk ketika cuaca panas untuk memberi keselesaan apabila tidur.

5. Menanam Pokok

Menanam pokok di sekeliling rumah boleh membantu menghalang haba terus meresap masuk menerusi tingkap dan bumbung. Ruang yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau biasanya akan lebih sejuk kerana ia menyerap udara panas secara semula jadi ketika proses fotosintesis.

Anda boleh menanam pokok ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp. dan sebagainya untuk membantu mengurangkan rasa bahang dalam rumah serta menyejukkan ruang dalaman.

Artikel sebelum ini5 Lokasi Kunafa Viral
Artikel seterusnyaKenali Jenis Jek Kereta

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!