Jenis dan Fungsi Penapis Kereta

Penapis memainkan peranan penting dalam aspek penyelenggaraan kereta. Namun, tahukah anda ada berapa jenis penapis yang digunakan pada kenderaan dan sebab-sebab keperluan penukaran penapis tersebut? Disenaraikan antara penapis yang terdapat pada kereta untuk pengetahuan anda seperti berikut:

Auto mechanic wearing protective work gloves holding dirty air filter above a car engine

1. Penapis Udara Enjin

Setiap kenderaan mempunyai penapis udara enjin yang terletak dalam satu kotak kedap di sekitar ruang enjin agar ia mampu menyalurkan udara yang bersih ke ruang enjin. Ia juga berfungsi untuk menapis segala habuk, debu, serpihan kecil, debunga dan lain-lain kotoran dari persekitaraan luar daripada memasuki sistem udara menerusi sistem pendingin hawa.

Penapis udara yang tidak disenggara akan menyebabkan kenderaan menggunakan lebih banyak bahan api dan menghasilkan asap hitam dari ekzos kerana pembakaran bahan api tidak lengkap dan membawa kepada asap ekzos yang kotor.

2. Penapis Minyak

maskulin
Sumber : maskulin

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Ia akan memastikan tiada logam atau bendasing kecil menembusi ke dalam komponen enjin. Pemandu kenderaan perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga komponen ini agar tidak berlaku sebarang kerosakan dan memastikan ia berfungsi secara optimum.

Clean and dirty cabin pollen air filter for a car

3. Penapis Udara Kabin

Penapis udara kabin berfungsi untuk menapis udara yang mengalir dari luar kenderaan ke kabin selain menghalang segala kotoran, debu, habuk dan debunga masuk ke dalam ruang kabin kereta. Ia biasanya terletak di dalam kabin kenderaan iaitu di bawah papan pemuka berhampiran penyaman udara.

Penggunaan dalam jangka masa lama akan menyebabkan penapis udara kabin kotor sekali gus mengurangkan keberkesanan penapisan udara. Oleh itu, penyenggaraan berkala sangat penting untuk memastikan penapis udara kabin berfungsi dengan baik dan mengelakkan pencemaran udara dalaman kereta.

4. Penapis Bahan Api

fuelfilter-1024×682

Penapis bahan api pula berfungsi untuk menapis kotoran di dalam bahan api sebelum masuk ke dalam sistem bahan api kenderaan. Dengan menyaring bahan cemar ini, penapis bahan api melindungi ‘injector’ dan pam bahan api kereta daripada tersumbat dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi dan ketahanan kereta anda.

Penapis bahan api yang digunakan dalam kadar masa yang lama perlu diganti kerana mempunyai risiko tersumbat akibat kotoran yang ditapis. Situasi ini akan menyebabkan kenderaan hilang kuasa kerana sistem bahan api tidak mendapat tekanan yang cukup. Oleh itu, lakukan penyenggaraan berkala bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Artikel sebelum iniCara Mengelakkan Mabuk Kenderaan
Artikel seterusnyaTanda Kotak Gear Rosak

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!