Cara Mengelakkan Mabuk Kenderaan

Menikmati perjalanan jauh ke sesuatu destinasi ketika musim cuti adalah satu aktiviti kegemaran ramai. Namun dalam perjalanan menuju ke destinasi tersebut, masalah sering dihadapi individu ialah mabuk kenderaan. Loya, pening, berpeluh, penat dan muntah adalah antara gejala biasa mabuk perjalanan yang dialami oleh seseorang. Disenaraikan beberapa cara yang boleh membantu anda mengurangkan mabuk kenderaan seperti berikut:

1. Elakkan Makan Banyak Sebelum Perjalanan

Makan sampai kenyang sebelum melakukan perjalanan jauh adalah satu tabiat bagi mengelakkan berhenti di banyak tempat ketika perjalanan. Tahukah anda tabiat ini menjadi punca utama anda berasa loya dan ingin muntah?

Elakkan makan banyak sebelum perjalanan anda terutamanya makanan berasaskan minyak kerana ia melambatkan proses pencernaan dan menyebabkan anda berasa loya atau ingin muntah.

2. Mengalih Posisi

Cara duduk yang betul menjadi kaedah utama menghilangkan rasa mabuk dalam kenderaan. Jika anda berasa hendak muntah, cuba alihkan posisi kedudukan anda dahulu. Duduk di bahagian penumpang depan dan halakan pandangan ke hadapan berbanding memandang tingkap sisi. Tumpukan perhatian kepada objek jarak jauh supaya anda tidak rasa mual atau muntah.

3. Jangan Membaca atau Main Telefon

Elakkan tabiat membaca buku atau bermain telefon semasa berada dalam kenderaan yang bergerak. Kereta yang bergerak boleh menyebabkan anda rasa mual dan pening dengan cepat.

4. Dengar Lagu

Sekiranya anda kerap rasa pening atau ingin muntah, alihkan tumpuan dengan mendengar lagu. Hal ini kerana mendengar muzik atau lagu kegemaraan, anda dapat menghilangkan fokus terhadap rasa pening dan loya.

5. Buka Tingkap

Udara segar selalunya boleh mengelakkan mabuk kenderaan jika seseorang mudah berasa sakit. Buka tingkap dan menghirup udara segar boleh membantu anda mengurangkan rasa loya, pening atau muntah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!