Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Pekerja SPANCO dan Mangsa Kemalangan Maut Yang Melibatkan Kakitangan Kerajaan

Pada 1 dan 6 Julai 2022 yang lalu, pihak SPANCO telah menyampaikan dua sumbangan khairat kematian kepada waris pekerja SPANCO yang meninggal dunia akibat penyakit yang dialami dan waris mangsa kemalangan maut yang merupakan kakitangan Kerajaan dimana kemalangan terbabit telah melibatkan kenderaan SPANCO.

Allahyarhamah Puan Rosnita Binti Sulong yang meninggal dunia pada 12 Mac 2022 telah berkhidmat bersama SPANCO lebih dari 25 tahun. Allahyarhamah adalah pekerja yang amat berdedikasi dan disenangi oleh kakitangan yang lain.

Selain itu, sumbangan khairat kematian kedua diserahkan kepada waris mangsa kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SPANCO pada 2 Jun 2022 yang lalu. Mangsa kemalangan Allahyarham Encik Zaidi Bin Bahrain merupakan Penyelia Kenderaan di Jabatan Kesihatan Negeri di Negeri Sembilan telah meninggal dunia sewaktu sedang bertugas.

msg631794592-36932

Bantuan khairat kematian tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Azman Haji Idris kepada waris Allahyarhamah iaitu Encik Rosazani Bin Hussin yang merupakan suami kepada Allahyarhamah di Pusat Servis Wilayah, SPANCO Bangi. Manakala, Pengurus Bahagian Khidmat Pelanggan SPANCO, Puan Rohana Abdullah telah menyerahkan sumbangan kedua kepada balu Allahyarham iaitu Puan Norasiah Binti Abd Manan di kediaman keluarga Allahyarham di Bandar Seremban Selatan, Sg. Gadut, Negeri Sembilan. Kedua-dua sumbangan disampaikan dalam bentuk cek.

Sesi ziarah dan pemberian sumbangan ini bertujuan bagi menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan SPANCO kepada para waris yang kehilangan insan tersayang di samping memberi sokongan moral kepada mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!