5 Cara Menghalau Cicak Dari Rumah

Cicak adalah sejenis reptilia yang biasa terdapat di setiap rumah. Ramai tidak suka akan haiwan kecil ini berkeliaran di dalam rumah lebih-lebih lagi melihat najisnya di setiap sudut rumah. Bagi memudahkan anda menghalau reptilia berdarah sejuk ini, disenaraikan beberapa cara yang boleh digunakan seperti berikut:

1. Jangan Rapatkan Perabot Pada Dinding Rumah

Ramai gemar meletakkan perabot seperti almari, katil, meja dan sebagainya rapat pada dinding untuk memaksimumkan penggunaan ruang di dalam rumah. Tahukah anda cicak biasanya menyorok di belakang perabot tersebut? Pastikan anda menjarakkan perabot daripada dinding sebanyak 10cm agar dapat mengurangkan keliaran cicak di rumah anda. Selain itu, kurangkan juga penggunaan perhiasan yang digantung pada dinding seperti bingkai cermin, gambar-gambar dan perhiasan lain.

2. Elakkan Melonggok Barang

Elakkan melonggok barang seperti kain, kertas, kotak, kasut dan sebagainya di dalam rumah. Barang-barang yang diletakkan demikian akan menjadi tempat kegemaran pembiakan cicak. Pastikan anda menyusun barang-barang tersebut secara teratur agar dapat mengurangkan cicak di dalam rumah anda.

3. Lap Meja Dengan Semburan Cuka

Lap permukaan meja makan dan ruang kabinet dengan semburan campuran cuka agar dapat mengelakkan cicak melintas atas meja makan dan tempat memasak. Biasanya banyak cicak suka berkeliaran di dapur kerana terdapat makanan dan sisa makanan di dalam tong sampah.

Oleh itu, anda perlu menjaga kawasan dapur dengan lebih baik seperti membuang sampah dengan betul, meletakkan makanan lebih dalam peti sejuk, menutup makanan dengan tudung saji dan mengemas dapur dengan bersih.

4. Letakkan Bawang Merah

Bawang merah bukan sahaja digunakan dalam masakan malah ia boleh digunakan sebagai salah satu cara tradisional untuk menghalau cicak. Hal ini kerana bawang merah mengandungi sulfur dan bau yang kuat akan membuatkan cicak tidak gemar dan menghindari tempat yang mempunyai bau bawang.

Anda boleh meletakkan bawang merah di kawasan cicak berkeliaran di rumah. Pastikan anda menggantikan bawang tersebut setiap dua minggu agar cicak tidak kembali ke kawasan kegemarannya semula.

5. Gunakan Kulit Telur

Cicak tidak menyukai bau kulit telur dan akan menjauhkan diri dari ruang yang mempunyai aroma telur. Hal ini kerana kulit telur mengandungi bahan sulfur yang akan memberi kesan terbakar pada ruang abdomen cicak. Oleh itu, letakkan kulit telur di sekitar kawasan rumah di mana cicak sering dilihat supaya ia tidak mendekati kawasan tersebut lagi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!