Perbezaan Warna Bendalir Kenderaan dan Punca Kebocoran

Tompokan serta tumpahan bendalir atau cecair di bawah kereta menandakan mungkin terdapat kerosakan dan boleh membimbangkan pengguna kenderaan. Ketahui antara perbezaan warna dan tanda kerosakan kereta seperti berikut:

1. Perang atau Hitam

Bendalir berwarna perang atau hitam adalah biasanya cecair brek atau minyak yang kotor. Minyak enjin yang asalnya berwarna keemasan akan bertukar warna akibat pendedahan kepada haba dan tekanan. Ia akan berubah warna kepada warna hitam akibat pengumpulan kotoran. Lakukan pemeriksaan segera jika melihat kesan minyak berwarna perang atau hitam sebelum memandu agar dapat mengelakkan kerosakan lain.

2. Jingga

Cecair jingga, hijau, atau biru adalah warna ‘coolant’ yang berbeza bergantung pada kenderaan anda. Tompokan cecair berwarna tersebut adalah disebabkan penyejuk yang tercemar dengan kakisan atau radiator bocor. Lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan untuk mendapatkan bantuan lanjut.

3. Merah Jambu

Kesan bendalir yang berwarna merah jambu adalah disebabkan oleh pencampuran minyak transmisi dan penyejuk enjin atau stereng kerana ia berada dalam spektrum warna yang sama. Kesan kebocoran bendalir merah jambu menunjukkan terdapat kerosakan pada sistem transmisi, penyejuk atau stereng yang memerlukan pemeriksaan segera.

4. Kuning

Jika anda melihat kesan bendalir berwarna kuning adalah berpunca daripada kebocoran minyak brek. Pada asalnya minyak brek berwarna kuning muda tetapi ia akan menjadi gelap kerana berlakunya degradasi. Sekiranya anda tidak menyenggara minyak brek secara berkala, warna minyak brek akan bertukar kepada warna perang.

Hubungi mekanik dengan segera jika melihat tompokan bendalir warna kuning supaya sistem brek kereta tidak terjejas dan mampu berfungsi dengan baik.

5. Merah dan Perang

Cecair merah dan sedikit perang adalah daripada sistem stereng. Ia juga mempunyai bau seakan terbakar atau hangus jika berlaku kebocoran. Sekiranya anda melihat cecair berwarna demikian, segera periksa sama ada tahap cecair stereng rendah atau tidak. Kemudian, pastikan anda mengisi semula cecair stereng mengikut keperluan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!