5 Cara Berkesan Mengurangkan Stres Selepas Bekerja

Sejak kebelakangan ini ramai mengalami stres di tempat kerja hingga menjejaskan kesihatan mental mereka. Disenaraikan beberapa cara bagi membantu anda mengurangkan stres selepas bekerja seperti berikut:

1. Pilates

Pilates dan senaman pernafasan boleh membantu mengurangkan stres, keresahan dan serangan panik yang dihadapi oleh seseorang individu. Ia bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal dan membantu memulihkan keseimbangan emosi, malah ia juga akan mengalihkan perhatian anda daripada sebarang tekanan kerana pilates memerlukan anda fokus terhadap senaman sahaja.

2. Menonton Filem

Menonton filem merupakan hobi yang digemari ramai. Waktu kerja yang tidak menentu menyebabkan orang ramai tidak menonton filem atau televisyen seperti biasa atau secara kerap. Menonton filem terutamanya yang berunsur komedi boleh membantu mengurangkan stres seseorang kerana ketawa boleh mengurangkan tahap hormon dalam badan yang bertanggungjawab untuk stres seperti kortisol dan epinefrin.

3. Mandi Air Panas

Penat balik kerja dengan stres boleh memenatkan seseorang secara mental dan fizikal. Bagi mengurangkan tekanan tersebut anda digalakkan untuk mandi dengan air panas. Hal ini kerana, air panas boleh membantu melancarkan peredaran darah dan membuat otot-otot lebih rileks setelah penat bekerja.

4. Lakukan Aktiviti Kegemaran

Lakukan aktiviti kegemaran anda seperti membaca buku, melukis, mewarna, menjahit, menghasilkan barang seramik, mengait, memasak dan sebagainya untuk mengurangkan stres. Aktiviti-aktiviti ini mampu menenangkan fikiran individu daripada segala masalah serta membuatkan minda anda relaks dengan cepat.

5. Gunakan Aromaterapi

Menggunakan aromaterapi dalam kehidupan seharian mempunyai banyak kebaikan. ‘Diffuser’ minyak pati adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Minyak pati mempunyai kesan langsung pada bahagian otak yang mengawal kegelisahan dan tekanan. Selain itu, menghidu aroma daripada ‘diffuser’ juga boleh mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang membolehkan seseorang bertenang dengan cepat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!