5 Tanda ‘Engine Mounting’ Bermasalah

Pemegang enjin atau lebih dikenali sebagai ‘engine mounting’ adalah komponen yang memegang enjin dan kotak gear kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap getaran bagi membataskan impak getaran pada kenderaan. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh merosakkan komponen dalaman kereta yang lain. Oleh itu, kenal pasti tanda-tanda awal kerosakan pada ‘engine mounting’ seperti berikut:

Aliexpress
Sumber : Aliexpress

1. Enjin Bergegar

Salah satu tanda awal yang boleh dikesan dengan mudah jika ‘engine mounting’ bermasalah adalah kenderaan bergegar. Ia boleh dikenal pasti apabila kereta dalam situasi lahu (idle) seperti berhenti di lampu isyarat, anda akan dapat merasakan stereng bergegar kuat.

Hal ini berlaku kerana ‘engine mounting’ sudah longgar dan perlu digantikan. Pengabaian tanda awal ini akan menyebabkan enjin mengeluarkan bunyi bergetar lebih daripada biasa yang boleh merosakkan enjin dengan cepat. Lakukan pemeriksaan awal di pusat servis bertauliah dan gantikan ‘engine mounting’ yang baharu jika ia rosak.

2. Penjajaran Enjin Yang Tidak Seimbang

Engine mounting’ yang longgar atau rosak boleh menyebabkan enjin beralih daripada kedudukan asal. Hal ini akan menyebabkan kerosakan pada komponen lain seperti sistem ekzos, ‘driveshaft’, penjajaran yang tidak seimbang dan lain-lain.

3. Gear Bergegar

Engine mounting’ terdiri daripada beberapa bahagian berasingan. Salah satunya terletak berhampiran kotak gear. Jika ‘engine mounting’ tidak berfungsi dengan baik, ia secara langsung akan menjejaskan kotak gear yang boleh dikenalpasti apabila meletakkan tangan atas tombol gear, anda dapat rasa ia bergegar kuat. Lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan untuk mendapatkan bantuan pembaikan segera.

4. Pemanduan Tidak Selesa

Selain getaran, ‘engine mounting’ yang rosak juga menyebabkan sentakan apabila anda menukar gear kerana transmisi juga dipasang pada unit enjin. Sentakan ini boleh berlaku dengan ketara apabila kereta dipandu pada kelajuan lebih pantas kerana enjin bekerja lebih keras. Jika pemanduan kereta tidak berasa lancar seperti biasa, ia selalunya disebabkan oleh ‘engine mounting’ yang rosak.

5. Bunyi Hentaman

Engine mounting’ yang sudah rosak akan menyebabkan enjin kereta bergegar lalu bergerak dan menghentam benda lain di ruangan enjin. Ia biasanya lebih ketara apabila anda menukar gear dari ‘D’ ke ‘R’ dan sebaliknya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!