Pakailah Tali Pinggang Keledar Untuk Menjaga Keselamatan

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecuaian untuk tidak memakai alat keselamatan ini adalah punca utama seseorang mengalami cedera parah semasa kemalangan. Ketahui antara kegunaan utama tali pinggang keledar seperti berikut:

1. Menyelamatkan Nyawa

Sekiranya terlibat dalam kemalangan, pemakaian tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang dalam kenderaan. Pemakaian tali pinggang keledar terutamanya bagi tempat duduk belakang dikatakan mampu mengurangkan risiko kematian sebanyak lebih kurang 50 peratus.

2. Mengurangkan Risiko Kecederaan Serius

Memakai tali pinggang keledar dengan betul oleh pemandu dan penumpang dapat mengurangkan risiko kecederaan serius. Ramai pengguna kenderaan terselamat daripada kemalangan ngeri dengan hanya kecederaan ringan disebabkan pemakaian tali pinggang keledar. Pemakaian tali pinggang keledar berpotensi besar untuk mengurangkan kecederaan serius seperti kecederaan kepala, tulang belakang dan kehilangan anggota badan.

3. Mengekalkan Posisi Kedudukan

Kemalangan ngeri boleh menyebabkan pemandu atau penumpang tercampak keluar daripada kenderaan yang mungkin akan mengakibatkan kecederaan serius atau kematian. Hal ini kerana impak rempuhan dari depan akan menyebabkan penumpang belakang tertolak dan menghentam kerusi depan hingga menyebabkan pemandu menghempap roda stereng.

Oleh itu, pemakaian tali pinggang keledar akan mengekalkan posisi kedudukan pemandu dan penumpang dalam kenderaan daripada mengalami kecederaan teruk seperti menghalang pemandu atau penumpang tercampak keluar daripada kereta.

Pemakaian Tali Pinggang Keledar

• Sentiasa memakai tali pinggang keledar walaupun jarak perjalanan yang dekat.
• Pastikan tali pinggang keledar dipasang melintangi bahagian dada dan pinggul.
• Periksa tali pinggang keledar agar berfungsi dengan baik.
• Gunakan kerusi keselamatan atau kerusi sokongan untuk kanak-kanak.

Perbuatan Yang Perlu Dielakkan

• Jangan letakkan tali pinggang keledar di bawah lengan atau di belakang badan setelah dipasang.
• Elakkan memangku anak di atas riba.
• Jangan berkongsi tali pinggang keledar dengan anak.
• Elakkan penggunaan ‘dummy buckle’ atau alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!