Punca Penyaman Udara Berbunyi

Penyaman udara berfungsi untuk menyejukkan ruang dalaman kereta apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia direka untuk beroperasi dengan senyap agar tidak mengganggu pemanduan anda. Namun, penghasilan bunyi pelik apabila anda menghidupkan penyaman udara mungkin berpunca daripada faktor-faktor berikut:

Driver hand on air ventilation grille with power regulator, modern car interior detail

1. Kompresor

Bunyi kuat atau bergetar semasa menghidupkan penyaman udara adalah petunjuk kompresor penyaman udara mengalami masalah. Terlalu banyak penyejuk (coolant) boleh menyebabkan kerosakan pada sistem penyaman udara. Oleh itu, pastikan anda melalukan pemeriksaan segera jika mendengar bunyi bergetar.

2. Tali Sawat

Tali sawat yang sudah haus akan teranjak apabila kompresor melekap. Hal ini menyebabkan pengeluaran bunyi bising apabila menghidupkan penyaman udara. Lakukan pemeriksaan terhadap keadaan tali sawat jika anda mendengar bunyi pelik.

Pastikan tali sawat tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Segera gantikan tali sawat baharu jika ia telah haus agar komponen dalaman kereta yang lain tidak mengalami masalah.

3. Puli

Bunyi bising seperti bunyi keriut dan menderam setelah menghidupkan penyaman udara mungkin disebabkan oleh kerosakan bearing puli kompresor. Gantikan ‘bearing’ puli baharu jika ia telah longgar kerana boleh merosakkan ‘magnetic coil’ serta menjadi punca ia panas.

4. Klac Kompresor

Klac kompresor ialah komponen utama dalam sistem penyejukan. Klac kompresor yang haus boleh menyebabkan bunyi detar semasa penyaman udara beroperasi. Lakukan pemeriksaan di bengkel terdekat jika anda mendengar bunyi detar apabila menggunakan penyaman udara. Anda perlu menggantikan klac atau kedua-dua komponen jika terdapat masalah pada klac kompresor.

5. Puli Lahu

Bunyi bising apabila penyaman udara dihidupkan boleh juga berpunca daripada puli lahu disebabkan kerosakan bearing. Biasanya, bunyi bising mula terdengar apabila kompresor diaktifkan kerana beban ke atas enjin sudah bertambah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!