Langkah Keselamatan Apabila Kereta Rosak

Kereta rosak di tengah jalan boleh menyebabkan pemandu kenderaan cepat panik. Bagi menjaga keselamatan anda di jalan raya, berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan apabila menghadapi situasi tidak diingini ini:

1. Letakkan Tanda Amaran Segi Tiga

Langkah pertama yang perlu anda lakukan apabila kereta anda rosak adalah meletakkan tanda amaran segi tiga untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain. Alat keselamatan ini biasanya disediakan dalam kit keselamatan kenderaan.

Keluarkan tanda amaran segi tiga dan letakkan pada jarak lebih kurang 10 meter daripada kenderaan anda supaya pengguna lebuh raya yang lain boleh melihat kemunculan anda di laluan kecemasan dan dapat mengelakkan kereta anda dirempuh dari belakang.

2. Nyalakan Lampu Kecemasan

Nyalakan lampu kecemasan sebagai tanda memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain bahawa kereta anda mengalami kerosakan. Biarkan ia terus menyala walaupun kereta sudah berhenti ataupun diparkir tepi jalan. Ia merupakan langkah penting untuk dilakukan bagi memastikan keselamatan anda di jalan raya apabila kereta rosak.

3. Tunggu di Belakang Penghadang Jalan

Pengguna jalan raya lain boleh terlepas pandang keberadaan anda di jalan raya. Bagi menjamin keselamatan anda serta mengelakkan sebarang kemalangan berlaku, pastikan berdiri atau tunggu di belakang penghadang jalan sementara pihak bantuan kecemasan sampai untuk membantu.

4. Jangan Duduk dalam Kenderaan

Sila pastikan semua penumpang keluar daripada kenderaan dan berada di kawasan selamat. Hal ini sangat penting bagi menjaga keselamatan mereka untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian tidak diingini.

5. Elakkan Cubaan Membaiki Kenderaan

Jangan sesekali cuba untuk baiki atau meletakkan sebarang peranti amaran di laluan kereta kerana kita mungkin ada risiko untuk dilanggar terutamanya ketika waktu malam. Oleh itu, tinggalkan kenderaan dengan segera di tempat selamat sehingga bantuan kecemasan tiba.

6. Kedudukan Tayar Menghala ke Kiri

Pastikan tayar kenderaan dipusingkan ke kiri supaya jika berlaku kejadian langgar belakang, kenderaan anda akan terus ke kiri dan bukannya masuk ke aliran trafik yang pastinya lebih bahaya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Tanda ‘Engine Mounting’ Bermasalah

Pemegang enjin atau lebih dikenali sebagai ‘engine mounting’ adalah komponen yang memegang enjin dan kotak gear kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap getaran bagi...

Pakailah Tali Pinggang Keledar Untuk Menjaga Keselamatan

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecuaian untuk tidak memakai alat...

5 Kafe Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Matcha

Penggemar matcha yang ingin mencuba aneka minuman dan makanan berasaskan matcha yang lazat wajib mengunjungi kafe menarik berikut: 1. Niko Neko Matcha Niko Neko Matcha adalah...

Kenali Jenis-Jenis Kopi Yang Anda Sering Minum

Memulakan hari tanpa minuman berkafein adalah tidak lengkap khususnya bagi peminat tegar kopi. Ketahui antara perbezaan jenis-jenis kopi yang anda sering minum seperti berikut: 1....

Punca Penyaman Udara Berbunyi

Penyaman udara berfungsi untuk menyejukkan ruang dalaman kereta apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia direka untuk beroperasi dengan senyap agar tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!